Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

Cik gu Amirah

Bismillah

Saat saya menaip ni....saya telah bergelar sebagai seorang guru :)... alhamdulillah.walaupun sedikit sedih. kerana tidak ditempatkan di Muar....tetapi..saya pasti, insyaallah ini yang terbaik...sebab setiap kali saya berdoa..saya mohon agar ditempatkan di sebuah tempat yang menyenangkan hati saya dan keluarga, rakan sekerja yang baik-baik, majikan yang elok2..dan anak didik yang menghormati saya sebagai seorang guru. saya akan terus berdoa.

Bekerja?sesuatu yang baru buat saya...  minggu ini...genaplah 2 minggu sudah saya berkerja. so far...alhamdulillah.segala urusan dipermudahkan..dipertemukan dengan orang yang baik-baik...senang cerita..belum stress lagi la...hehe....seboleh-bolehnya saya cuba jadikan tempat kerja, tempat yang menyeronokkan. sebab saya tau saya kena kerja berpuluh-puluh tahun.haha, mudah-mudahan rezeki yang bakal saya perolehi diberkati Ilahi.aminn..

1/7/2013 (lapor diri)

as usual..saya datang lambat lagi..lagi dan lagi..untuk melapor diri.
saya selalu lambat atau orang lain yang selalu cepat?hurm...

abah pon join dengar taklimat.haha..sukeeeee...kalau abah tengok amirah mengajar dekat tingkap lagi suka.hee~


" Kasih sayang ayah bonda mengiringi anak - anak tercinta pada hari pertama  pendaftaran ke SKSA 2.   Cik Ateeqah , Cik Ameerah , En Ameerul dan Cik Fareeha.  Hadir dengan semangat baru. Semoga hari pertama yang bermakna ini akan memberikan makna besar buat SKSA 2." 

 terharu dengan ayat ni.sekian.( double E pada nama tu rekaan blogger semata-mata)



tengok tu.. tak menangis macam budak darjah satu masuk sekolah pun ok.hehe

kawan baru.hee~org ganu u olss 

gambar-gambar ni cilok daripada blog sekolah.haha.ada la juga kenangan kan.nak harap hp i...memang gambar hitam putih pun tak dapat.eheh.

kepada kawan-kawan lama pula....yang banyaknya dah diterbangkan ke sabah sarawak.kuat kan semangat keh!mana-mana tempat pon ada cabaran nya tersendiri.khidmat anda diperlukan disana! bukan ke berhijrah itu baik? eceh.yang bercakap...tak dapat posting muar pon dah sedih.hahax..jangan lupa dakuu.sobs2.salam ramadhan.


Photobucket

Wednesday, July 25, 2012

learning by playing


Bismillah...

post kali ni khusus buat ibu bapa..ibu-ibu guru yang pingin ajar anak-anaknya ataupun ibu-ibu saudara..bapa-bapa saudara yang punya ponakan.ya juga bisa. (sempena minggu terakhir sinetron puteri yang ditukar =p)  so..disini ada beberapa cadangan aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan bersama budak-budak kecil untuk mempelajari bahasa. tak kisah la bahasa Melayu ke...cina ke...india ke.indonesia ke...pokoknya..bahasa!

1.  gambar keluarga

  yah....gunakan gambar keluarga anda.contohnya ketika bercuti ke Penang.  Gunakan gambar tersebut    sebagai bahan ransangan untuk galakkan anak anda bercerita.  cerita yang simple-simple la...bercuti dengan siapa..dekat mana...pergi mana...seronok ke tidak...anda juga boleh bertanyakan soalan terbuka dengan banyak...soalan terbuka ni maknanya..soalan yang bila anda tanya, jawapannya bukanlah sekadar ya atau tidak.
contoh soalan tertutup:  seronok tak jalan-jalan/bersiar-siar dengan ibu? seronok./adakah anda berasa seronok bersiar-siar dengan ibu?Ya
contoh soalan terbuka: kenapa rasa seronok pergi Penang? sebab..bla3....(kanak-kanak akan terus bercakap)

kenapa guna gambar keluarga?sebab hal-hal paling dekat dengan dia adalah keluarga. so banyak dia tahu dan lebih yakin untuk bercerita.


2.  Fun with food
Bahan-bahan yang diperlukan mungkin buku resepi.  beli buku resepi yang murah-murah tu..(ade ke?)...ataupun surat khabar yang ada gambar makanan. lepas itu...anda bersama anak anda pilih mana satu favourite food masing-masing dan not so favourite food. sediakan kertas kosong yang dibahagikan pada dua column.labelkan column dengan fav & not so fav. gunting gambar makanan dan tampalkan pada column...  sebanyak yang boleh.  sambil itu, perkenalkan kepada anak-anak perkataan baru yang berkaitan makanan.  berbual tentang makanan tu..pedas ke tak..bla3...


3.  Driver's license 
haa...kalau anak-anak yang sudah ada basikal sendiri...dah boleh bawak basikal...aktiviti ini sangat sesuai.  Anda dan anak boleh berbincang mengenai tips-tips keselamatan menunggang basikal bersama mereka.  Kalau dia dah pro pasal safety tips tu...boleh la bagi dia lesen bawak basikal.  Buat bersama-sama lesen tu...Letak gambar dia...tulis nama dia...tarikh terima dan sebagainya.  Menarikkan.  Lesen tu tak perlu la kecil macam lesen memandu mak dia kan..ehehe..buat besar-besar sikit.tetapkan syarat..bila dia nak bawa basikal, mesti bawa sekali lesen tu dan patuhi safety tips yang dh dibincangkan.


4.  Shopping list
semestinya anak-anak ikut mak membeli belah kan.  Ambil peluang ni, sebelum pergi shopping, buat shopping list bersama-sama anak.  Boleh galakkan dia menulis, tambah kosa kata baru.  So masa pergi shopping dia pon tahu nak cari apa...tolong ibu...dan rasa diberi kepercayaan la kan oleh ibunya.x la bosankan.  Maybe masa pergi shopping tu boleh kasik dia checklist tu dan minta dia tick pada barang yang sudai dijumpai.

5.  3D Neighbourhood map
bagi memupuk semangat kejiranan.ok x msl. anda boleh mengajak anak anda pergi ke rumah jiran...dan sambil tu ajar 'arah'..gunakan perkataan belok kiri , belok kanan. dan nyatakan landmark yang kita jumpa sepanjang pergi rumah jiran tu..balik rumah..bina la map 3d dengan anak-anak...ikut kretiviti..pakai bekas telur ke..surat khabar ke...

6.  Acting Out
Asyik baca buku je kan.....apa kata gunakan cerita dalam buku tu.kasik peranan pada anak...anak jadi arnab...anda jadi kura-kura.lakonkan semula watak-watak tu ikut jalan cerita yang dah dibaca.  Nak tambah menarik bolehla sediakan topeng ke.atau lain2 props. puppet ke...jangan fikir susah2..boleh buat boneka guna kulit telor...sarung tgn...apa-apa.asal menarik


 *menarik kan..kan??ops..got to go.nak pergi kuliah. kelas puan paw.x boleh lewat.ngaaa..
nantikan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik di part 2.hehe.selamat mencuba.oh ya...aktiviti-aktiviti ni jumpa dalam buku.hurmm..sangat x ingat..sori penulis buku.dah lama dah baca.daaa. SEMOGA BERMANFAAT!






Photobucket

Tuesday, July 17, 2012

telan air liur batal puasa

bismillah...

marhaban ya ramadhan........

tak lama lagi insyaallah tiba bulan mulia ,bulan ramadhan.....so....apa azam bulan ramadhan korang?hehe...mesti ada kan..nak berjemaah ke..nak tarawikh penuh ke....nak khatam quran ke.....nak sahur hari-hari ke...nak turun berat badan ke...nak jadi penyabar ke..berhenti merokok ke...menjaga tutur kata ke...jom buat check list! apa-apa pun azam korang yang baik-baik..saya doakan berjaya ye..dan semoga istiqamah sampai bilabila.amin....

woahh..kelakar lah bila teringat ramadhan lepas-lepas.......

penjahat sangat aku ni... sebab tipu adik sendiri...aku bagitahu dia..kalau dia buang angin..(eii,,sopannya.) ok ..kent*t...batal puasa...kui3...nasib die percaya sekejap je sebab was-was..terus tanya abah.haha..habis kena jelingan tajam abah.


dengar cerita member pulak...dulu dia fikir kalau telan air liur batal puasa,haha.jenuh la pergi ludah-ludah sentiasa.haha..adoii..lucu!

islam tak kejam ok!haha...malah memberi bahagia =)

oh ye.selamat menunaikan ibadah puasa dan membayar zakat!

eh nak cerita jugak la..tadi ada majlis ihya' ramadhan dekat sekolah.saya suka gimik die..buat pentomin.dua orang kawan berborak pasal bulan puasa.lepas tu pergi teropong anak bulan ....tup2 ada anak bulan muncul dekat atas dengan lagu ramadhan(sebak ok).haha...budak-budak semua excited tengok bulan polistrin tu (padahal cikgu nih pon excited) ..ada pulak lepas tu jadi juru umum mohor-mohor besar raja-raja buat pengumuman bulan puasa.pandai budak tu berlakon.lawak. terbaik.

Photobucket

Friday, May 25, 2012

siapa sayang ayah?

bismillah...

habis semester 7...alhmdulillah.semester yang paling aku tak suka sebab ada praktikal.3 bulan.kali ni...aku kena mengajar subjek matematik.subjek yang paling aku tak suka jugak..hehe..(ape agaknye yang aku suka tah)...so..bila aku sangat faham betapa tak seronoknya belajar matematik..aku cuba sedaya upaya membuatkan pengajaran aku menarik (cuba je.tp tak tahu lah menarik ke tak =p).  setiap kali waktu aku mesti ada permainan, even tak ada siapa nak observe. apetah lagi kalau nak kena observe..mestilah nak buat yang terbaik kan..

sooooo....idea..idea.idea...kena cari...kena fikir..(worse part) bila dah blur...tanya la kawan.  seorang kawan aku ni cadangkan buat permainan "i love my father..main dalam kumpulan...salah seorang ahli kumpulan jadi ayah...dalam masa 3 minit kena cr nafkah...(cari duit-duit palsu yang dah disorok2 dalam kelas tu)..bila masa tamat...ayah dah x boleh cr duit..and kira duit yang ayah dapat.bahagikan sama rata dengan ahli kumpulan lain.  aku macam wahh.best jugak kan...so plan nak buat la ni..

aku terfikir nak  introduce game ni dengan soalan .."siapa sayang ayah dia??"  ..tapi kawan aku cakap..nanti ada yang tak ada ayah macam mana?.....tak ape...nanti aku suruh la diaorang fikir..rasulullah pon kita tak pernah jumpa kan..tapi kita semua sayang baginda.

bila tiba waktunya...aku tanya ...
"siapa sayang ayah dia"
masing-masing angkat tangan..jawap sayaaa saya sayaa dengan penuh semangattt..
tiba-tiba ada suara dari belakang..
"cikgu dia tak sayang ayah dia" sambil tunjuk kawan sebelah
gulpp..(ape ni...aku tak aspek ada jawapan macam ni pulakk..nasib tak ada yang observe.haha)
"hah..betul ke awak tak sayang ayah awak"
dia angguk...kawan-kawan lain gelak.aduih...
"dah-dah jangan gelakkan kawan...takpa...kita kena sayang ye ayah kita.." -nampak sangat la x ada idea..and terus kan permainan macam biasa..

bila waktu buat latihan..aku pun mendekati la budak ni...ceh..ayat..
aku tanya dia..
"kenapa awak tak sayang ayah awak?"
=)  (dia senyum-senyum je)
"ayah awak pukul-pukul awak ke?"
"tak la"
"habis tu?ayah awak pukul-pukul mak awak?"
"ha ah"
"oh....habis tu apa mak awak buat?"
"cerai.."
"sekarang dah ok la?"
"yepp"
"oh...ok...awak nanti jadi suami..jangan pukul-pukul isteri ok?"
dia gelak..yela..baru 10 tahun kan..dah diingatkan.haha
"eh..cikgu siyes nii..."
"ok2.."

lupa nak pesan dekat dia "walau apa pun.dia tetap ayah awak..awak kena sayang dia.."..sebab cikgu pun macam teremosi dengan ayah dia.hahah..jahat aku.
nampak sangat aku belum ade 'super spontan' untuk berhadapan dengan jawapan-jawapan yang 'ngeri' nak dengar ni...kan...
budaknya pandai... baik...senang kata aku tak jangka la dia ada problem sebesar itu ..untuk dia yang baru setahun jagung tu..kesian..cikgu doakan yang terbaik untuk awak ye!

credit to :cikgu farah ainaa

*kalau korang...korang repon macam mana ye?


Photobucket

Wednesday, February 29, 2012

A naughty girl becomes a teacher

bismillah

hahaii....saya masih disekolah...baru je tadi lepas relief kelas cikgu yang tidak hadir...tahun 3.
masuk-masuk kelas je....punya la bising....
ada yang jerit hoorayy (tak tau la pasal aku masuk ke atau cikgu die tak datang..haha..kalau hooray sebab aku masuk memang nak kena la kan...suke die cikgu baru..boleh dibuli..-negatif nya kau fikir amirah...haha)
kelas pon terus bising....tak hiraukan arahan aku suruh bangun dan ucap selamat...bising gilee tanya cikgu dia x datang ke...nak minum air boleh x..nak pergi toilet boleh x..BISING.


inilah masa nya buat muka garang ..herdik sikit.ceh herdik.walaupun tengah batok-batok...tapi terpaksa jugakk...perit2...baru semua diam...ucap salam and baca doa...
seperti biasa...memang tak la aku nak mengajar kan..kerja aku ada belum siap =p...jadi aku pon suruh la diaorang keluarkan buku..baca...buat homework...

lepas tu bising lagi!banyak soalan mereka baling..lontar kat aku..huhu
contoh: cikgu,kalau x ada kerja rumah?cikgu kalau saya nak lukis?cikgu kalau saya duduk dengan kawan saya boleh..cikguuuuuuuuuuu...aaaaaa....(sangat tak suka dengan keadaan soalan bertubi-tubi macam ni....macam tu kot perasaan lisa surihani bila digosipkan dengan yusri..dulu la,,sekarang udah menikah...hehe..tak masal gila feeling jadi artis)

akhirnya...cikgu amirah mengambil keputusan.."semua boleh buat kerja sendiri...tapi dalam keadaan senyap"...kesukaan la mereka...

keadaan kelas..bising...senyap..bising.. senyap...bising...senyap...bising....senyap..bising...senyap.....ok...bising dia memang bisinggg sangat k.bukan takat cakap-cakap je..jerit2..haha..budak2 kan.berpuluh-puluh kali aku suruh senyap...senyap cuma bertahan 5 minit....

tiba-tiba...AHHA!
idea...idea....
cikgu amirah mula bersuara..." ini amaran terakhir...sekali lagi cikgu dengar bising....cikgu bagi latihan Matematik..."sambil belek2 buku teks matematik

automatik semua senyap..sunyi...
miahahah..yes!berjaya!

kamon la..cikgu pon pernah jadi student...haha..aku tau korang malas belajar kan...saling tak tumpah macam cikgu ni haa...tu la dia,,..bila a naughty girl becomes a teacher.....=p








Photobucket

Monday, February 27, 2012

perkataan KVK+KVK

bismillah...
mau berkongsi perkataan-perkataan kvk+kvk.sebab kepeningan cari perkataan untuk diajar...terus empati muncul nak berkongsi dengan yang lain..

coklat
tarbus
sarkas
pistol
dakwat
doktor
sampan
lampin
masjid
rumput
sampah
pensil
kertas
santan
kismis
sardin
gandum
rempah
sambal
bersih
terbit
tertib
cantik
cantas
cantum
campur
tambah
muntah
tandas
jambul
pendek
mentol
muslim
cergas
cerdas
cermat
laksam
sampul
perlis
lembut
cincin
cermin
biskut
tanduk
pimpin
landak
lembab (basah)
pencen
pentas
suntuk
bentuk
pantas
simpan
gambar
hantar
tunduk
tempat
lantik
benjol
banjir
kundur
bandar
mantan
mantap
mampat
sentap
sumpah
sembah
suntuk
santun
tembak
lempar
gendut
gambus
rembat
sembat
tumpas
tempah
lembah
tunjuk

*seelok-eloknya ajar perkataan yang konkrit...yang ada gambar..
dan positif..diatas ni campur-campur.hehe..layannnn


Photobucket

Monday, September 5, 2011

love me,love me not

bismisllah...

oh iya...abis 2 bulan pecah otak.eh i mean praktikal.alhmdulillah...dah raya...otak cantum balik.happy semula.hehee....

masa praktikal...kritikan dan komen amat berguna...eceh.siyesly..untuk baiki semua-semua yang mampu.so...disamping observation pensyarah dan guru..saya tak lupakan pemerhati cilik saya yang memang sentiasa ada tengok saya mengajar.iaitu...jeng3...murid-murid saya...nak tau apa mereka fikir pasal saya?

Arahan: tuliskan apa yang awak suka dan awak tak suka pasal cikgu.tak tulis nama pon tidak mengapa.(supaya mereka boleh kutuk2 aku.haha)

tajuk:nurul syafiqah.ok.budak ni buat lawak antarabangsa.(itu nama dia)
tajuk sebenar: love me, love me not =p

permainan bahasa yang murid ini maksudkan.budak suka,cikgu berduka.kui2

ok noted.x nak marah.nanti cepat tua.haha
love you too!

dah awak noty..memang la kena marah .padan muka .=)
peramah?tau ke apa tu peramah budak kecik ui?hehe..(bagus kalau tau..)

kenapa ek budak nih cakap aku suka murid yang baik...?layanan tidak samarata ?opss..

ye...cikgu bagi sepit-sepit.hadiah x seberapa.(comel pulak ek..sepit-sepit)

tu dia..menggayakan sepit-sepit.haha (tutup muka lah.hadiah cikai)

ok.budak nih tipu.haha.mana ada rotan...pegang je...ish3

ceria?ok.im just pretending.haha.sebab kalau cg moody..budak lagilah moody.kan2?

adoi...suara lembut?ahaha..is it a compliment?haha..dah try ok...keluarkan harta qarun dalam peti suara.hasilnya seperti penyanyi tamil(pensyarah cakap suara macam penyanyi tamil T_T.)jangan bayangkan!

oh....this girl didnt want to fill the 'tak suka' column ...ouchh.

satu-satunya gambar bersama murid.^-^..(i x suka ambil gambar .....)

Photobucket

Monday, August 22, 2011

children activities

bismillah...
mari flashback!zaman dolu-dolu kan....and tengok aktiviti budak-budak sekarang waktu senggang...cekidaut!



1. Pensel peganti lego!
contohnya...menyusun pensel-pensel menjadi....erm..titian siratul mustaqim ?donno...apa ni sayang uiii....tapi mereka enjoy!

2. Mencipta mesin ringkas


3. Membuat koleksi pemadam cantik
comel kan pemadam ni.....pastilah lagi mahal dari pemadam petak tu...


"cikgu! i love u!" ..
"er...ar???"
"tengok nih"


tengok la...kreatifnya budak-budak nih....

4. haiyakkk!lawan pemadam.dah lama siuutt tak main.haha


5. fun book.haha..senang je letak nama..


6. Baca komik.


7.main sweet-sweet bank! haha..ini dulu aku x jumpa..




yea!aku pon dapat.kaya cikgu macam ni..


8. perempuan tetap perempuan....tengok ni...dalam class pon main mak-mak.


haa..macam-macam kan..kadang-kadang teringat zaman sekolah dulu...aku cari jugak budak yang macam aku dulu dalam kelas..tak de!belum jumpa.hehe..seronok jugak peratikan gelagat dia orng nih....ada yang main office2....tahu macam mana?bukak buku...jadikan macam laptop...main type2..hehe..kelakar kan...
semua diatas penah aku main..tapi ade satu ni...aku x pernah buat.salin balik buku cerita dalam 'fun book'.adoiii..untuk apa?

Photobucket

Saturday, April 9, 2011

Makeover =)


bismillah n assalamualaikum....

ini saya...tukang makeover yg over.sampai terjuling2 ye mata.hehe...
saya sebagai guru....agak prihatin kepada murid-murid perempuan saya..nanti dengan harapan gambar mereka time kecik2 x boleh diketawakan sebab tudung mereka merepek.haha...jum2...tengok satu demi satu..cehh...before n after...taraaa!

mangsa pertama:


x la brubah sangat kan...k2...pertemuan aku dan dia selepas waktu rehat.,....jeng3....


sabar je la kan..haha....

mangsa 2:


cute kan..hehe

mangsa 3:


c..before 1 peace...after 2 peace..means she's loving it kan.ahaha..perasan..

mangsa 4:
die nih ala2 tomboy...mmg tomboy...so hari jumaat hari tu die pakai tudung...aku ckp"wah..cantiknya balqis pakai tudung..." and ade la aku btol kan tudung die....keesokkan harinya...sudah pakai tudung lagi.hee..cumil2...


k...saya nak memohon maaf kepada mangsa 3 & 4 sebab buat muka anda lebih bolat..haha..sori ye dikkk......peace!

kepada semua amirah wanabe...cg doakan (makbul ea doa cg?..er..)....korang sme jadi insan berguna yah...x kisah la tak tahu baca ke...semoga bahagiya dunya akhirat...amin....

*apsal pic aku yang lebih besar.adoi x reti btolkan...qil...tolong qil....=D
Photobucket

Tuesday, April 5, 2011

cerita hot hot heat!

bismillah and assalamualaikum...
haihh..ku gagah kan diri...buat blog.konon cerita hot.haha..hot la untuk aku kan...

semalam..........aku punya berdedikasi...x pegang hp pon dekat sekolah....and aku punya cuai...aku letak hp kat atas meja...meja yang tempat aku buat kerja....nak dijadikan cerita..dah nak balik tu...kemas-kemas barang..satu barang hilang!hp aku la tu!.....aih...perasaan? erm..kesal .ceh...sebab dah ada tergerak hati dah nak ambil hp....cuba call...hp dah off...sah2 kena curi sebab hp tu battery full ok.ntah la...so aku sangat la frust...aku pon buat la status gini kat fb...


and ramai la bagi cadangan.....aku pulak berharap jumpa hp tu..tapi x mengharap.boleh x?tapi tu la...maksudnye...tau kemungkinan jumpa tu tipis..tapi still berdoa.aku suspek tahun 2 n 3 la.....

so hari berikutnya..pagi=pagi aku jumpa guru pembimbing aku dulu kat tempat perhimpunan.....semalam x dapat jumpa..die meeting...so...die pon pergi tanye murid tahun dua...sebab kelas derang yang paling last...(dalam kelas tu ada 4 orang je...3 perempuan satu lelaki)

murid 1
"awak ada nampak hp cikgu?'
"takde"

murid 2
"awak ada nampak hp cikgu?"
"takde"

murid 3
"awak ada nampak hp cikgu?"
"ade!dalam bilik air"
"bilik air mana?"
"entah...tak tau"

kakak murid 3
"adik awak ada bawak balik hp x?"
"takde"

kami biarkan murid tu seketika..lepas nih die ade kelas pemulihan..so tunggu je die masuk kelas.

omg!dalam bilir air?aku kan sangat pencuai..er..ye!aku pon tanya cleaner...ade nampak x..n suh spy2 kawan2 die.....

kelas pemulihan pon bermula...
guru pembimbing pon tolong aku tanya budak2 tahun 2 tu...aku x boleh dah nak tanya.campur dengan emosi..habis2..haha...

cikgu pon tanya...
ada x siapa2 nampak hp cikgu...budak lain jawap la....takde....murid 3 dah diammmm je....
semalam cikgu letak kat meja ni(meja murid..walhal seingat aku, aku letak kat meje bulat..cikgu tu seboleh-boleh cakap kat situ...layaann)....murid 3 pulak dah macam pelik and die asyik2 tengok meja bulat...

aku perhatikan je la die....

cikgu pon cakap la..
awak nak ambil hp cikgu tu ambil la...yang penting cikgu nak sim card cikgu...banyak no dalam tu....murid lain tanya...sim card tu apa cg?murid 3 tanya...sim card cg warna apa?

hah..aku semakin nak cekik budak tu...

cikgu tu pon dah rasa semacam dekat dia nih...paksa-paksa dia cakap sumtin..last2 dia cakap...
kawan saya ada cakap dia nampak hp cikgu...
budak mana?
budak tahun 4...
nama dia siapa?
tak tahu...
awak cam muka dia?
cam...
haa..pegi ikut cikgu amirah cari budak tu....

aku pon pergi la jalan dengan dia pergi kelas tahun 4....masa odw tu..berborak la kami...
awak jumpa hp cg dekat mana?
dekat tangga...
eh..tadi kata dekat toilet?
ye la...mula-mula jumpa dekat tangga..lepas tu budak tu ambil ...die letak dekat toilet sini( sambil menunjukkan toilet lelaki)
oh...budak tu perempuan ke lelaki?
perempuan..
aik...dia masuk toilet lelaki?
(die diam and angguk je)
macam mana awak tau dia ambil?
dia telefon saya semalam...
nama dia sape?
tak tau...
kata kawann....
dah lupa...tiba-tiba dia kenal saya...
hp tu die letak kat mana?
dekat rumah dia..tapi simcard biru tu dia dah letak dalam plastik lepastu campak dari tingkap(ok..rumah flat) lepas tu die ganti sim card merah..
ohh...
hp cg warna hitam kan?yang bukak tutup tu?
aah....mana awak tau?
budak tu cakap..
oh.....
tapi hp tu dia kate dah patah(berderau darah aku..haha)
patah ?patah macam mana?
yang atas dia patah..
ok..wutever..x phm.dalam hati..harap2 takde yang patah..

sampai la kami kat kelas tahun 4....belum masuk lagi kelas tu...lalu je...dia pon tengok gitu-gitu je...die terus kate budak tu takde...menggigil aku tahan marah...relax2...tunggu hp dapat dulu mra....sampai dekat satu kelas tahun 4 yang kosong takde org..

murid 3 nih tunjukkk
hah!tu beg dia cg!
er..beg dia?mana?
tu...(warna pink...)
aku pon cek la beg tu...takde pe pon..murid 3 nih pon cakap
dekat rumah dia la tu cg...

aku pon cari la budak tuan punya beg..
tuan punya beg pon datang...
aku tanya die...
awak kenal dia?
budak tu x kenal pon dia.....
berasap berapi la aku...relax2....

aku pon ugut2 le....esok cg nak bawak air jampi...biar ustaz baca-baca ayat....siapa munim..and bersalah dia pengsan masa tu jugak..lepas tu cg terus bawak pergi balai polis (k...ikut nasihat kecot)..
budak tu senyap je....seboleh-boleh menafikan yang dia ambik...
ok...jum bawak cikgu pergi tengok beg awak....
die pon bawak la...aku cek2...takde jugak...
budak tu pon cakap"takde kan cg?"
aah..x de...tengok kocek awak...
aku dah bukan tanya dah..nih memang dah aku tau die ambik...and tuduh je.(dalam hati..mati kalau die cakap kat mak dia..aku tuduh die mencuri..)
takde jugak dalam kocek..

tiba-tiba murid 3 ni cakap...dia dah bagi kat guru besar dah cg...
oh yeke...k la ...jum balik kelas pemulihan..
aku pon bagi tau kat cg pembimbing aku..budak nih berbelit2 cerita..konfem2 la...
cg tu pon suh panggil akak dia lagi sekali...

akak die tu aku ajar...tahun3....
adik awak ade cakap ape2 pasal hp cg?
ada...semalam dia jumpa saya dekat kelas..dia tunjuk hp cg..saya mintak dia x kasik...saya nak bagi tahu cikgu...dia x kasik jugak...
oh...lepas tu?
lepas tu dia simpan dalam pencil box..mak nampak...mak tanya mana dapat?
dia cakap kawan dia bagi..
mak ambik...mak bagi ayah...ayah tukar sim card...mak cakap jangan bagi tahu apa-apa dekat cikgu....
oh ok...terkesima...
aku bagi tahu la cg pembimbing..
bila dah melibatkan ibu bapa pon bersubahat....guru besar pon perlu di kasi tahu donk....

sementara tunggu guru besar....murid 3 nih dah cuak.dia cakap...
cg nak ke hp tu?
mestilah.,..tu hp cg...
ok...esok saya kasik...
k...takpe...jumpa guru besar dulu....

guru besar dah haruk kan dedua budak tu...
senang kate..akak dia bawang putih...adik dia bawang merah.
mak dia semalam punya semalam ada datang sekolah jumpa guru besar mintak bantuan kewangan...hari ni buat hal..mengamuk la guru besar tu...
guru besar pon kol2....x dapat2...mak dia x angkat..no tel ayah..budak2 nih x ingat pulak.....

aku pon balik la kelas...sementara GB beruasaha menelepon....
tiba GB datang bilik pemulihan
awak datang sekolah naik apa??
kereta?
oh...ada minyak lagi x?
ada....
jum kita pergi umah dia...
hah?ok2...

aku...GB.. kerani and akak murid 3 naik satria yaw...haha..

kerani tu ikut sebab dia tahu jalan kesana....

nasib semalam dah cuci kereta...GB duk belakang dengan kakak murid 3...kerani sebelah and aku drive..

-dalam kereta-
GB: awak tunjuk jalan betul tau..jangan tipu2 cg pulak
bawang putih: ok
bawang putih: ayah saya minum arak...mulut busuk
GB: astaghfirullah...takutnya saya dengar.ayah awak islam x?(ayah die bangla)
Bawang putih: x...
GB: eh macam mana mak awak boleh kahwin dengan orang bukan islam
Bawang putih: tak tahu.
Aku: ayah awak bukan melayu...tapi islam kan?(biasa la tu...budak konfius)
Bawang putih: aah..
GB: awak dulu bukan mak jaga kan?
Bawang putih: aah..
(macam-macam...baru aku tau...kite kena kenal anak murid kita...)

sampai la ke kawasan rumah flat
bawang putih (BP) pon tunjuk la rumah dia...
BP: ayah ada...(sebab die tengok kasut ayah dia..ayah dia ponteng kerja la tu..ayah die kerja esso..)
aku:alamak cuak nye...entah2 tengah mabuk ke(dalam hati)

ketuk punya ketuk pintu...x bukak-bukak...................................................................................................................................

-bersambung-
penat type haha...nanti k.nak ambik akak terchinta .chaw chin chaw













Photobucket