Monday, November 25, 2013

ayat-ayat cinta


Bismillahirahmanirahim....
kepercayaan...tanpa kita sedar...antara perkataan yang sangat berkuasa...itulah yang diberikan kepada saya oleh salah seorang sahabat saya.  perkataan itu ibarat menghempap bahu...sampai tangan jadi sejuk-sejuk...nak lelapkan mata pon susah...tapi..dengan perkataan tu juga lah saya dapat  kepercayaan yang saya boleh lakukan!ceh.

yeaa...manata rias wajah ratu sehari di hari bahagia adalah tugasannya!
dan inilah hasilnya....pengantin perempuan  anggun berniqab dengan rona ungu...(ayat majalah pengantin sangat kan) 

   
 pandangan kebahagiaan seorang wanita yang telah dicuri hati nya


















   "bagaimana aku mampu hidup tanpa hati..?"
 
..abdul (refer to perantin perempuan...)...mesti kau nak maki kan baca ayat-ayat aku....tak apa..aku dah puas caci maki kau sebab paksa aku makeup kau.haha
kepada abdul (refer perantin lelaki)...jaga kawan aku elok2 naaa...kalau dak.....siapp...satu cendana kejaq hang nanti...




abdul Jalil  + abdul Basit
Baarakallahu laka wa baarakaa ‘alaiyka wa jama’a baiynakumaa fii khoir
Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan

amin.......

*sori..aku buat kau jadi lebih hodoh daripada biasa.padan muka.
Photobucket

Saturday, November 23, 2013

the memory remains



bismillah...

Semalam hari Jumaat. Penghulu segala hari...aku berada di hospital....bukan sebab aku sakit...tapi..sekadar menjaga orang sakit...tiba-tiba terdetik..seronok juga jadi nurse/misi/suster/juru rawat...mulia kerja mereka...tak semua orang sanggup buat apa yang mereka sudi lakukan. termasuklah aku. 

Tiba-tiba aku dapat panggilan telefon daripada ummi...ummi bawa satu kabar berita..."makcik aina yang kau sayang tu...makcik aina meninggal dunia..."berita yang sangat mengejutkan..sedih...sebuah kehilangan..  makcik aina sebelum ini sihat walafiat. betul lah....sakit bukan lesen untuk mati. Arwah meninggal sebab kemalangan. arwah juga seorang pesara juru rawat...walaupun arwah telah meninggalkan dunia pekerjaan..tapi..Masyaallah.. orangnya baik...secara sukarela...tolong orang-orang kampung yang sedang sakit.  aku pernah dengar...seandainya...kita telah meniggal dunia...tetapi orang-orang sebutkan kebaikan kita...maknanya...kita memang orang yang baik. dia memang baik hati.  hancur badan dikandung tanah...budi baik dikenang jua.

aku kenal makcik aina dekat surau...masa tu aku sekolah lagi...arwah tanya nama aku...tapi dia kata..dia nak panggil aku sweetie..hehe..sejak daripada hari tu...memang dia panggil aku sweetie....selalu kalau jumpa..mesti dekat masjid...aku ada niat nak pergi cuti-cuti ni..tapi...ada je sebab aku tak pergi.....hurm...terkilan jugak.tak dapat lah aku jumpa arwah buat kali terakhir...awal muharam lepas...ada aku jumpa...arwah tanya macam mana aku dekat pasir gudang sekarang..tinggal dengan sape...pendek je perbualan kami..

aku ingat lagi pesanan Makcik aina.
"sweetie dah ada boyfriend?mesti ramai kan....waktu belajar-belajar dulu"
"hehe..aah..keliling pinggang"
"nanti pilih the best one. because you deserve the best"
"insyaallah makcik aina "
Pesanan makcik aina sekarang dah jadi sebuah wasiat..

Makcik aina pernah cakap...yang dia tak sabar nak tengok aku kahwin.. hurmm...tapi tak sempat kan...nak buat macam mana......nak ucap selamat tinggal pon tak berkesempatan...semoga roh makcik aina dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang beriman.amin...


Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda Husnul Khatimah..iaitu dibebaskan dari fitnah(azab) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda  "setiap muslim yang mati pada pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur." (H.R Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani)

Hadis ini buat aku tersenyum dalam kesedihan...u deserved it makcik aina...
Al-Fatihah....



Photobucket

Saturday, November 9, 2013

Pillow Talk


Bismillah


hey saya mengantuk..tapi saya nak tanya..kepada yang sudah berkahwin ataupun yang belum berkahwin..
Anda berkahwin untuk dapatkan kebahagiaan?
atau
Anda berkahwin untuk berikan kebahagiaan?



*Pastilah banyakkk jawapan..kenapa anda perlu berkahwin...salah satunya adalah kebahagiaan kan.? Orang kata..buat apa nak kahwin kalau makin menyusahkan diri..tidak dapat saya nak sangkal kenyataan itu.hehu.

Soalan ini daripada Dr Muhaya...sebelum saya dengar soalan ini...jujur saya mahu dapatkan kebahagiaan apabila berkahwin kelak.

Namun begitu...walaubagaimanapun.. .setelah mendengar soalan ni...mendengar penjelasan..baru sel-sel otak berhubung.
Tiada jawapan salah atau betul untuk soalan tersebut.
Cuma dengan jawapan yang anda pilih boleh mendatangkan tindak balas atau akibat yang berbeza.

Jika jawapan anda untuk mendapatkan kebahagiaan....jelas menunjukkan anda meletakkan sebuah harapan dan jangkaan pada pasangan.  Kalau jangkaan itu benar-benar terjadi..syukurlah..kalau sebaliknya..kecewalah.

Jika jawapan anda untuk memberikan kebahagiaan....yang mengawal situasi sekarang adalah diri anda.  dibawah kawalan sendiri.  Jadi peluang untuk kecewa itu tipis ataupun tiada. Peluang untuk bahagia pula menebal.erk.

lagipun..Bukankah memberi itu lebih baik daripada menerima.  Bukankah apa yang kita beri, itu yang kita dapat semula. Bukankah orang lebih sayang orang yang suka memberi...eceh.

faham?aaa...saya memang tak tahu macam mana nak menerangkan...macam mana boleh jadi cikgu pon aku tak tahu.eh .serba tak tahu.Pensyarah saya kata...cikgu tak boleh tanya murid..faham ke tidak??? kalau nak tahu murid tu faham atau tidak.bagi soalan.kalau boleh jawab..maknanya dah faham..ok...u ols bukan murid saya pon.pls3..jangan ada murid saya baca blog saya.hancus..kantoi.ngeri pula bila fikir-fikir macam nih.aihs.


Eh..ngomong2...tak lama lagi cuti sekolah..yeay!yeay!..orang kate,..cuti sekolah cikgu makan gaji buta?buta pon buta lah.dapat aku membuta sepuas-puasnya..muahaha.gud nute...Assalamualaikum.ZZZZZZzzzZZZzzzz


Apa arti kebahagiaan dalam hidup kalian?sesuatu yang perlu difikirkan supaya tujuan hidup lebih jelas dan terarah pada jalan yang lurus. Aminn.. ZZZzzzzZZzzz





Photobucket

Monday, September 30, 2013

Tentang dia

Bismillah..

huh...pantang betul.....orang tanya aku pasal suami-suami ni...eh hello...saya ni ada nampak macam isteri orang ke?mak orang?grr.....

tapi kali ini saya tak marah...sebenarnya saya tak boleh marah...sebab saya yang salah...sangat bersalah.

"hello..assalamualaikum...bla3..ohh..bla3...ye ke..tadi dia tak cakap appp....(gedegang!)omaigodddddddddddddddd...

kejap kak...saya langgar kereta orang..saya tengah drive sebenarnya...bye!."

aiyaaa...my bad...
eh..ini first time saya langgar kereta orang...sebelum ni..divider jalan...pagar rumah...pasu..motor..haha...cuak juga ea.biasa la kan..semua benda mesti ada yang pertama kali...atau kali pertama..(yang mana betul ar?biaq pi la..)kita selalu nak abadikan yang first time..and last time..kita selalu lupakan yang prose diantaranya..adilkah kita..?merapukah aku?sangat.

aku dan mangsa pun berbincang-bincang..akhirnya mangsa putuskan untuk minta RM300 sebagai ganti rugi..
lepas tu..mangsa  suruh call sape-sape..
tengah aku nak call siapa-siapa..mangsa tanya..*suami awak kerja mana?* belum kahwin.*telefon siapa?*abah.* abah awak tinggal mana?*Muar.

"abahhhh..kakak langgar orang..."
"hah?apa jadi?"
"kemek2 la...dia mintak RM300"
"ohh....cakap la langgar kereta...terperanjat abah dengar kau kata langgar orang..teruk ke..?mintak la kurang sikit..."
hurm...kalau betul aku langgar orang macam mana?langgar orang sebab aku memandu sambil cakap dalam telefon?aaa...










serik....tak nak buat lagiiiiii....

"RM200 boleh?"



"boleh la"
( cek purse)
"er...tapi saya ada RM100 je sekarang..esok saya bayar lagi.."
(lama dia fikir)
"RM100 pon boleh la"
"betul ni?halal ea..tq!"
"lain kali...nak cakap dalam telefon..berhenti tepi dulu...bla3..."
"ok..ok..ok"
(mangsa bukak wallet ...nak ambil duit)
"eh....tak apa pakcik...tak apa.."
"habis awak ada duit nak makan tak?"
"ada..ada..."

yeah...cerita ini bukan tentang aku...tapi tentang dia...pakcik ni berjaya buat aku fikir kan kebaikan hati dia daripada aku fikirkan sekeping duit RM100 yang melayang pergi...terharu..terharu....ada orang berhati mulia kepada aku yang juga punya hati, tapi tidak berapa mulia ni...ngeh2..bukan pasal dia bagi aku bayar RM100..tapi pasal dia nak bagi aku duit makan setelah aku menjahanamkan kereta dia.....!comel lahhh.....saya doakan hidup pakcik diberkati.aminnnn!

semoga pakcik bahagia..bahagia dan terus bahagiaa.....





Photobucket

Tuesday, September 10, 2013

3 Persepsi

Bismillah....
Bercakap pasal persepsi ni...semua orang punya persepsi atau pandangan tersendiri....tak kiralah hal apa pun...kita beda...dan dia lain....termasuklah hal poligami...huh..sensitip2..hehe...saja la nak share ..itu hari pergi kursus...penceramah tu cakap...ada 3 lagu yang mewakili 3 pihak dalam isu poligami ni.  pihak lelaki...pihak isteri n anak. jom layannz.












kan3?sesuai sangat kan...hee...itu lah..yang nak ditekankan disini..sebelum membuat sebarang keputusan..yang difikirkan jangan tentang diri sendiri sahaja...takut nanti kita gembira orang lain terluka.apakah itu kebahagiann??eceyhh..amirah....

whoaa...apa la nasib aku..asal masuk sekolah kena kacau dengan suami orang...im not interested at all. bujang ada?bujang trang  tang tang.haha..bujang lapok pon dipertimbangkan. suami orang ...BIG NO. dulu time praktikum aku  terpaksa duduk dalam bilik pemulihan...tutup lampu...tutup kipas..(mengukus...sauna free habaq hang)...sebab konon-konon nak buat macam tak ada orang...elak diganggu suami orang.kesian ea..haha..ya ampunn..lelaki..kali ni..kena lagi...kemonnnnn.....kesian eh isteri dia..sebenarnya kita tak boleh percaya lelaki.ops.BYE!

saudara dan saudari sekalian...kalau kita percayakan kematian...kita tahu macam mana nak jalani kehidupan..kita lebih tahu menghargai...sebelum semuanya hilang.kan..?eh..tiba2..maksud gue..hargai apa yang kita ada.termasuklah isteri dan anak-anak. bukan semua orang dapat apa yang kita dapat. Bersyukurlah.  Sekian terima kasih.

Photobucket




Sunday, July 14, 2013

Ahlan Ya Ramadhan!

bismillah..

alhamdulillah....syukur....boleh bertemu semula setelah setahun berpisah dengan bulan penuh keberkatan dan keampunan ini....semoga tahun ini lebih bermakna.bukan setakat menahan lapar dan dahaga..tapi lebih daripada itu... amin....tingkatkan ibadah, kurangkan juadah. hee..tagline ustaz apa ntah dalam program tv al hijrah.  uiks...cakap pasal tv al hijrah ni.meh sini nak share.  cover photo facebook  tv alhijrah.

hey..itu aku!haha...tiba-tiba kan boleh terjebak berlakon iklan tv alhijrah.  promo ramadhan. pengalaman baru sangat ok!  shooting bagai..payah gila...walaupun benci tengok diri sendiri dalam tv...saya redha and nak share disini ye...chop2!jangan la fikir saya keluar tv 2 jam. 3 saat je pon.hahaha





Photobucket

Cik gu Amirah

Bismillah

Saat saya menaip ni....saya telah bergelar sebagai seorang guru :)... alhamdulillah.walaupun sedikit sedih. kerana tidak ditempatkan di Muar....tetapi..saya pasti, insyaallah ini yang terbaik...sebab setiap kali saya berdoa..saya mohon agar ditempatkan di sebuah tempat yang menyenangkan hati saya dan keluarga, rakan sekerja yang baik-baik, majikan yang elok2..dan anak didik yang menghormati saya sebagai seorang guru. saya akan terus berdoa.

Bekerja?sesuatu yang baru buat saya...  minggu ini...genaplah 2 minggu sudah saya berkerja. so far...alhamdulillah.segala urusan dipermudahkan..dipertemukan dengan orang yang baik-baik...senang cerita..belum stress lagi la...hehe....seboleh-bolehnya saya cuba jadikan tempat kerja, tempat yang menyeronokkan. sebab saya tau saya kena kerja berpuluh-puluh tahun.haha, mudah-mudahan rezeki yang bakal saya perolehi diberkati Ilahi.aminn..

1/7/2013 (lapor diri)

as usual..saya datang lambat lagi..lagi dan lagi..untuk melapor diri.
saya selalu lambat atau orang lain yang selalu cepat?hurm...

abah pon join dengar taklimat.haha..sukeeeee...kalau abah tengok amirah mengajar dekat tingkap lagi suka.hee~


" Kasih sayang ayah bonda mengiringi anak - anak tercinta pada hari pertama  pendaftaran ke SKSA 2.   Cik Ateeqah , Cik Ameerah , En Ameerul dan Cik Fareeha.  Hadir dengan semangat baru. Semoga hari pertama yang bermakna ini akan memberikan makna besar buat SKSA 2." 

 terharu dengan ayat ni.sekian.( double E pada nama tu rekaan blogger semata-mata)



tengok tu.. tak menangis macam budak darjah satu masuk sekolah pun ok.hehe

kawan baru.hee~org ganu u olss 

gambar-gambar ni cilok daripada blog sekolah.haha.ada la juga kenangan kan.nak harap hp i...memang gambar hitam putih pun tak dapat.eheh.

kepada kawan-kawan lama pula....yang banyaknya dah diterbangkan ke sabah sarawak.kuat kan semangat keh!mana-mana tempat pon ada cabaran nya tersendiri.khidmat anda diperlukan disana! bukan ke berhijrah itu baik? eceh.yang bercakap...tak dapat posting muar pon dah sedih.hahax..jangan lupa dakuu.sobs2.salam ramadhan.


Photobucket