`Bismillah
Siswi, olahragawati, pramugari, .....dan wanita-wanita yang saya hormati...poligami suami kita berkahwin lebih dari satu...pernah bayangkan?pernah fikirkan?pernah bincangkan?....ye...siapalah saya nak bercakap pasal isu poligami ni.....berkahwin pun belum.hehehe..tapi!saya wanita. Saya rasa saya perlu bersedia walaupun bukan ku pinta.jelas?haha...alahmak..oprah winfrey pon boleh cakap pasal mendidik anak..bla3....tapi dia kahwin pun belum.apalah kurangnya amirah sheikh ismail.peh.ish3.
“Sayang, abang nak kahwin lagi satu.boleh?”
Bagaimana anda sebagai wanita solehah nak berhadapan dengan situasi ini?sebab apa yang suami anda tanyakan bukan sesuatu yang salah. Islam membenarkan poligami. Tapi nafsu wanita amat membencinya. macam mana?ini yang kita nak bincangkan.
Tak nak lah cerita ...lelaki perlu berlaku adil..bla3.....sebab...kita wanita.kira ni girl’s talk la ea.heehe..berhenti mengharapkan lelaki buat itu ini untuk kita.berhenti memaksa mereka berlaku adil pada kita. Sekarang fikir..macam mana kita nak hadapi mereka.
1. kita jangan cinta manusia 100%....tiada cinta seratus persen macam yang mas idayu nyanyikan tu. 100% cinta hanya layak kepada pencipta kita ...Allah s.w.t...mati hidup kita hanya untuk Dia...dengan ini..tak lah kita rasa kehilangan 100% bila suami menduakan atau mentigakan atau mengeempatkan kita.
2. Adakah jaminan bagi kita, jika kita tidak membenarkan suami kita berkahwin lain..suami akan membahagiakan kita dan rumah tangga kita harmoni? Tidak....semuanya jadi lain..kita terasa hati..mencurigai..suami rasa terpaksa hidup bersama kita demi menjaga hati kita....
3. Ingat. Nafsu kita sangat cintakan dunia sedangkan Allah menyuruh kita cintakan akhirat. Kita nak suami milik kita seorang sedangkan Allah mahu kita cinta padaNya dan cukup dengan Dia sahaja. Sedarkah kita, suami yang dikatakan cinta pada kita ingin tambah isteri satu lagi?.. kita amat menyintai dunia, tapi dunia tidak cinta pada kita, bahkan dunia tipu kita. Rumah yang kita banggakan makin usang, baju yang paling disukai telah lusuh, anak-anak yang dikasihi makin jauh....semuanya akan kita tinggalkan atau akan meninggalkan kita. Sekarang dah tahu nak serahkan cinta kita pada siapa?
4. suami sebagai laluan untuk kita cinta pada Allah s.w.t. suami merupakan hadiah dan pinjaman Allah. Dia boleh datang, boleh pergi atas kehendak Allah. Dia ingin berkahwin lagi juga kerana kehendak dan dengan izin Allah. Pisau yang tajam pun tidak boleh memotong timun kalau Allah berkehendakkan sedemikian. Jadi..suami anda bukan hak mutlak anda..bebaskan dia dari hati anda......jika dia diambil dari kita...hati kita masih lagi dengan kita.Cuma dia saja yang pergi. Alihkan hati anda kepada Allah. Hanya Allah matlamat hakiki kita.
5. Suami hanyalah alat bagi isteri. Alat untuk membuktikan cinta kita pada Allah...perkecilkan cinta suami...tapi agungkan cinta pada Allah..matlamat cinta kita pada Allah. Berikan cinta anda pada yang lebih layak... suami hanyalah makhluk ..berubah-ubah...akan mati...yang mengecewakan kita..
6. Apabila dah bulat hati kita....cinta kita hanya pada Allah...kita akan lebih tenang, redha dan bersedia jika suami ingin berkahwin lagi. Kerana orang yang cinta kepada Allah akan sanggup diperlakukan apa sahaja oleh Allah. Redha dengan ujian Allah ini dan menganggapnya sebagai hadiah istimewa dari kekasihnya.
7. Kalaupun kita tidak izinkan suami meneruskan niat....tetapi itu bukan dengan kerelaan hati suami...apa erti dapat fizikal, tetapi tidak dapat hatinya.
8. Suami bukan boleh menyembuhkan hati kita yang remuk terluka..tempat sebenarnya untuk diadukan rasa sedih hati adalah kepada Allah s.w.t.
Firman Allah:
Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar dengan cabaran tersebut. –al baqarah:155
9. Penderitaan yang anda rasakan sekarang telah ditakdirkan. Mesti diterima!tidak dapat dielakkan!....kita perlu berbaik sangka dengan Allah.Allah menguji kita untuk memberikan pahala sabar. Begitu juga jika Allah memberikan nikmat kepada kita.untuk memberikan pahala syukur. Sebab itu wanita mesti tabah ye!
10. Hadapi dengan cekal dan berani...ibarat kita nak menghadapi ujian memandu. Kita akan membaca nota dengan bersungguh-sungguh, bersedia dengan rapi pada hari peperiksaan sebab kita tahu...jika kita lulus...kita dapat lesen memandu..dah tak payah pergi kelas memandu yang membosankan.opss.!..fikir semula.untuk dunia...kita sanggup bersusah payah....kenapa tidak untuk akhirat....sedangkan syurga dunia ibarat air setitik, syurga akhirat ibarat air satu lautan. Apa salahnya bersusah-susah di dunia memerangi nafsu demi kehidupan akhirat. Sebab susah di dunia umpama gigitan lipan sahaja, susah di akhirat ibarat terkaman singa. Sekarang mari sama-sama tentukan mana yang perlu diberi perhatian?dunia atau akhirat?
11. Hati wanita pasti terguris..terseksa dengan ragam madu dan suami....namun bersabarlah..katakanlah pada diri kita..Allah yang melakukannya.agar tenang hati.bisikkan pada diri..inilah peluang untukku dapatkan syurga..
Firman Allah:
Sesungguhnya diberikan untuk orang yang sabar ganjaran pahala tanpa hisab- az-Zumar:10
Ketahuilah dengan mengingati Allah menenangkan hati- ar-Ra’ad:28
12. Bukan mudah untuk wanita menghadapi cabaran ini...oleh itu..kita perlu muhasabah diri kita.. dengan hina diri kita perlu menganggap kesusahan yang didatangkan oleh suami adalah sebagai hukuman kepada kita daripada Allah atas dosa kita sendiri. Wanita yang solehah sanggup dihukum didunia asalkan selamat di akhirat. Siapa yang disenangkan di dunia..walhal dosanya amat banyak, itu tanda mereka akan disusahkan diakhirat. Dan azab Allah neraka Allah amat pedih. Bersyukurlah anda telah diuji di dunia.
13. Yakinlah dengan ujian Allah..yang akhirnya untuk memberi pengajaran...dan nikmat kepada kita. Satu jarum kecil yang tercucuk pada jari anda pun berlaku kerana kehendak Allah, inikan pula hal yang menghancurkan hati anda.ingat..nasib, kegembiraan, kesedihan, jodoh, kejayaan, kesihatan, kematian semuanya ditentukan Allah. Suami kita itu tidak boleh memberi bekas sedikit pun pada kita.suami yang kita harapkan tu...kesusahan dia sendiri tidak dapat diselesaikan kalau bukan kehendak Allah.
14. Jangan bersempit dada. Pintalah kepada Allah..supaya membuka hati suami kita untuk tidak lagi menyinggung perasaan kita.kalau Allah kabulkan..bersyukurlah..jika tidak..muhasabah diri..mungkin selama ini kita banyak membuat dosa...menyinggung perasaan orang lain..bersikap sombong atau sebagainya.
15. Tanya semula diri kita...kenapa kita tidak membenarkan suami beristeri lagi. Adakah kerana terlalu menyanyanginya?walaupun dia ingin menduakan anda..anda masih terlalu sayang padanya?walaupun mungkin dia banyak berdusta kepada anda?fikirkan semula...anda mungkin Cuma bersikap pentingkan diri.anda iri hati..dengki...takut kasih dan harta suami perlu dikongsi bersama orang lain.
16. Jangan terus memberontak dan mengamuk habis-habisan tanpa memikirkan Islam itu membenarkan poligami. Ingat, tanpa poligami pun..suami kita telah berlaku curang, kasihnya telah berbelah bahagi...muhasabah diri. Adakah kita boleh dikategorikan sebagai isteri mithali?mengapa suami beralih arah. Jangan kira kita sudah cukup baik dan terus menyalahkan orang lain terutama suami kita
17. Jangan persoalkan sejauh mana kasih sayang suami kepada kita, tetapi tanyalah pada diri sendiri sejauh mana kasih sayang yang telah kita berikan pada suami. Jika kita sudah jadi isteri yang terbaik..tetapi suami masih mengabaikan isteri..terimalah sebagai takdir.
18. Bila suami berkahwin lagi..bukan bermakna sayang suami sudah tiada lagi. Bohongkan kita sayang seorang sahaja dalam dunia ni. Realitinya...kita mampu menyanyangi ramai orang.ini bermakna suami masih lagi mengasihi kita.
19. Jika madu kita lebih hebat dari kita..latihlah sifat tawaduk..tetapi ingatlah..tida siapa yang sempurna didunia ini,,,dia pasti ada keistimewaannya dan ada kekurangannya. Jangan lupa untuk melihat keistimewaan diri kita juga yang diberikan Allah...kerana disitulah letak pintu syukur...kita lebih kenal suami..kita lebih kenal dengan keluarga suami..kita telah punya anak yang membahagiakan.
20. Kita mungkin rasa cemburu apabila tiba giliran madu untuk bersama suami. Jangan sedih!jangan cemburu! Inilah masanya untuk kita bercinta dengan Allah..kesempatan ini perlu diambil untuk mendekatkan diri dengan Allah..kenikmatan mencintai Allah lebih hebat jika dibandingjan dengan suami.
21. Suami memadu kasih dengan isterinya yang lain?Redha dengan takdir...kita akan memperolehi ganjaran yang besar dari Allah...
22. Yakinlah..Allah tidak mensia-siakan kita...kita pun hamba Allah juga..Allah tidak akan pilih kasih..berperanglah dengan nafsu kita..jika hawa nafsu kita mebisikkan yang bukan-bukan..cepat-cepat istighfar pada Allah..minta ampun
23. Latihlah diri bersangka baik dengan suami...lihatlah jasa-jasa baik dia....suami itu bukan hak kita...dia kepunyaan Allah...Cuma Allah yang boleh mengatur dan bertindak keatasnya...wanita solehah perlu pemaaf, redha, dan taat pada suami, sering mensyukuri nikmat Allah dan pemberiaan suami.
24. Kalau suami lebihkan dunia untuk isteri lain ..bererti Allah ingin didik kita untuk bersikap zuhud...jika kita redha ini bermakna kita telah Berjaya membuang sifat cinta duni...barangkali kalau tudak kerana ujian ini kita jadi pemboros...dan terlupa dengan nikmat akhirat yang kekal abadi sebab dilalaikan oleh nikmat duni yang sementara...
25. Tujuan wanita solehah bukan untuk suami...waktu Allah pisahkan kita dengan suami...isikan masa dengan hal-hal yang lebih utama...berjihad demi menegakkan agama Allah....barulah terbukti kita ikhlas dengan Allah dan terbukti wanita solehah.
Itulah beberapa point penting yang saya kutip dalam buku wanita mendidik nafsu oleh amina hj noor.....buku yang saya kira amat bagus untuk dijadikan pedoman bagi wanita-wanita..banyak lagi topik-topik lain....nak pinjam buku?meh2...pm me.haha..
Apa yang penting>? Beriman dan bertakwa lah wanita....sebab itu..Rasulullah melakukan poligami sesudah sepuluh tahun kerasulannya...bermakna ketika itu...umat islam sudah dididik dengan iman dan takwa...bila hati sudah cinta Allah, rindu syurga dan gerun neraka, manusia dapat mengawal nafsu,, maka poligami tidak lagi jadi neraka dunia...
Perlu diingatkan..Poligami boleh Berjaya..boleh gagal....poligami itu gagal kerana orang-orang yang melakukannya tidak layak, bukan salah poligami, tapi salah orang yang tidak soleh dan solehah.wallahualam
p/s : drop a comment..!share with us ur probs..opinion...or experience.jangan malu jika suami anda ingin bernikah lagi...kami wanita dan masyarakat takda pun nak ketawakan...keji..umpat..kami bersimpati..empati dan suka untuk membantu..bagi wanita-wanita lain yang bercinta dengan suami orang..anda mampu mengubahnya...dinasihatkan jangan pentingkan diri...fikirkan siapa lebih memerlukan .anda juga wanita solehah!be solehah!
5 comments:
ok tq.....
ermm... like!! =)
nice one, darl~
kuat membaca dalam bas.
aku suka post ni.tapi aku tetap berharap hati dan fizikalnya, hak aku sorg je..ameen..
ye..aku pun..boleh doa dari skarang.hehe
Post a Comment