Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts
Sunday, July 22, 2012
hancur....
Hancur hatiku
sampai jadi debu
terbang kesana kesini
sukar untuk kutemui
saat kau taburi janji
janji yang bukan aku tuntuti
harapanku terus jadi tinggi
kini telah jatuh menyembah bumi
sekarang tinggal apa lagi
hatiku telah berkecai
harapanku pula berderai
senyuman cuba ku ukir
tapi air mata yang mengalir
janganlah kau berjanji lagi
kalau bukan datang dari hati.
fahamm xx???eh kan dh emo.hurm
Saturday, October 29, 2011
gincu merah
oleskan gincu merah dibibirmu
biar kusam bertukar terang
orang pandang nampak garang
tanda kau bukan orang sembarang
biarkan orang nak pandang
ukirkan saja senyuman
si bibir merah jadi tumpuan!
muaxx!

Sunday, August 28, 2011
seyamat hayi yaye evelibodi!
bismillah...



wahai adik buka mata..
lihatlah ke langit sana...
bulan sabit memancar cahaya
satu duniabermandikannya

wahai adik malam tidak sunyi
dengar itu takbir bergema
pujian kepada yang maha kuasa
mari sama-sama lagukannya

itu petanda ramadhan tiada
diganti dengan syawal mulia
ampun dan maaf buat semua
semoga berjumpa ramadan kedua.

ikhlas,
Monday, July 25, 2011
far far away.........
aku selalu bermimpi..







bila aku maju selangkah lagi,

pelangi berwarna warni menanti,
bunga-bunga harum mewangi,
burung-burung sedang menyanyi,

pangeran pula tegak berdiri,

lalu kami terus menari,

bila aku toleh ke kiri,
semua masalah berlari,

bila aku toleh ke kanan,
aku berjalan dengan senyuman.

dush!hey amirah u are
not a princess!
Thursday, March 17, 2011
5 tips menolak cinta
bismillah..

oh pernah kah anda menolak cinta?pernah?ok ..for u...

Ternyata aku salah
ternyata aku silap
aku biar kau pergi
tanpa aku renung matamu
tanpa aku selam hatimu
untuk aku sendiri tahu
kebenaran cintamu padaku
sekarang engkau pergi
aku disini diselubungi sepi
tolonglah kembali lagi
aku ada sesuatu untukmu
jawapan buat kau dan aku
dan kebahagiaan buatku...
anggap nih lirik lagu...so anda x rasa geli geleman.hahaha...
acctually..aku terjumpa sekeping kertas yang ada tulis bendealah2 nih...just sharing. =)
lepastu aku terjumpe pulak blog yang ajar macam mana nak menolak cinta orang....
nak share jugak lah...
1. terima segala kemungkinan.
berkemungkinan besar si dia tak mahu menjadi rakan anda lagi
2. tolak dengan cara terbaik
anda boleh sms...boleh telefon...boleh jugak jumpa...untuk beritahu anda tolak cinta si dia.kalau memang tak nak jumpa...telefon lebih baik dari sms...sebab..sms tu macam memperlekehkan dia la pulak kan..macam rasa x dihargai..depends la..kalau selama ni memang contact through email ke hape....dia pon cakap kat anda perasaan dia pakai email je..ape jadah tiba-tiba nak call kan..
3. jujur...
jujur la pada ku bila kau tak lagi cinta...ok.penting!beritahu hal sebenar....jangan mainkan perasaan orang..x baik....bagitahu kenapa anda tak boleh terima dia..ohh..pastinya dia nak tahu jawapan..anda dah ada yang punya ke...anda tak ada perasaan kat dia ke..dia tak kaya ka..dia tak cantik ke...(jujur sila bertempat k..jangan sampai mengguris hati orang..)
4. Tabahkan hati
mestilah lepas dah menolak cinta orang...orang tu pon bolayan kita kan...kita pon tinggal seorang diri..sunyi......masa ni...kena kuat!jangan sebab anda nak berteman..anda paksa diri anda sukai orang yang anda tidak cintai..eceeh..teruskan menunggu yang lain ok.
5. berdoa
doalah keputusan anda ni yang terbaik..dan doakan dia redha dengan keputusan anda..dan anda redha dengan keputusan sendiri.
Tuesday, December 28, 2010
no point
Bila aku anak kecil...

aku selalu ingin besar..
untuk aku capai bintang-bintang..
yang cantik bercahaya disana..
kini aku telah besar..
barulah aku sadar..
hidup ini bisa indah
cuma bila aku terlena
dan didodoi mimpi
tlg jangan ganggu aku tdur
kerna bila aku celik
aku jadi jelek..kecewa
kerana tiada apa-apa
dalam genggamanku
walaupun cuma satu bintang...

Subscribe to:
Posts (Atom)