Showing posts with label people. Show all posts
Showing posts with label people. Show all posts

Saturday, November 23, 2013

the memory remains



bismillah...

Semalam hari Jumaat. Penghulu segala hari...aku berada di hospital....bukan sebab aku sakit...tapi..sekadar menjaga orang sakit...tiba-tiba terdetik..seronok juga jadi nurse/misi/suster/juru rawat...mulia kerja mereka...tak semua orang sanggup buat apa yang mereka sudi lakukan. termasuklah aku. 

Tiba-tiba aku dapat panggilan telefon daripada ummi...ummi bawa satu kabar berita..."makcik aina yang kau sayang tu...makcik aina meninggal dunia..."berita yang sangat mengejutkan..sedih...sebuah kehilangan..  makcik aina sebelum ini sihat walafiat. betul lah....sakit bukan lesen untuk mati. Arwah meninggal sebab kemalangan. arwah juga seorang pesara juru rawat...walaupun arwah telah meninggalkan dunia pekerjaan..tapi..Masyaallah.. orangnya baik...secara sukarela...tolong orang-orang kampung yang sedang sakit.  aku pernah dengar...seandainya...kita telah meniggal dunia...tetapi orang-orang sebutkan kebaikan kita...maknanya...kita memang orang yang baik. dia memang baik hati.  hancur badan dikandung tanah...budi baik dikenang jua.

aku kenal makcik aina dekat surau...masa tu aku sekolah lagi...arwah tanya nama aku...tapi dia kata..dia nak panggil aku sweetie..hehe..sejak daripada hari tu...memang dia panggil aku sweetie....selalu kalau jumpa..mesti dekat masjid...aku ada niat nak pergi cuti-cuti ni..tapi...ada je sebab aku tak pergi.....hurm...terkilan jugak.tak dapat lah aku jumpa arwah buat kali terakhir...awal muharam lepas...ada aku jumpa...arwah tanya macam mana aku dekat pasir gudang sekarang..tinggal dengan sape...pendek je perbualan kami..

aku ingat lagi pesanan Makcik aina.
"sweetie dah ada boyfriend?mesti ramai kan....waktu belajar-belajar dulu"
"hehe..aah..keliling pinggang"
"nanti pilih the best one. because you deserve the best"
"insyaallah makcik aina "
Pesanan makcik aina sekarang dah jadi sebuah wasiat..

Makcik aina pernah cakap...yang dia tak sabar nak tengok aku kahwin.. hurmm...tapi tak sempat kan...nak buat macam mana......nak ucap selamat tinggal pon tak berkesempatan...semoga roh makcik aina dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang beriman.amin...


Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda Husnul Khatimah..iaitu dibebaskan dari fitnah(azab) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda  "setiap muslim yang mati pada pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur." (H.R Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani)

Hadis ini buat aku tersenyum dalam kesedihan...u deserved it makcik aina...
Al-Fatihah....



Photobucket

Monday, September 30, 2013

Tentang dia

Bismillah..

huh...pantang betul.....orang tanya aku pasal suami-suami ni...eh hello...saya ni ada nampak macam isteri orang ke?mak orang?grr.....

tapi kali ini saya tak marah...sebenarnya saya tak boleh marah...sebab saya yang salah...sangat bersalah.

"hello..assalamualaikum...bla3..ohh..bla3...ye ke..tadi dia tak cakap appp....(gedegang!)omaigodddddddddddddddd...

kejap kak...saya langgar kereta orang..saya tengah drive sebenarnya...bye!."

aiyaaa...my bad...
eh..ini first time saya langgar kereta orang...sebelum ni..divider jalan...pagar rumah...pasu..motor..haha...cuak juga ea.biasa la kan..semua benda mesti ada yang pertama kali...atau kali pertama..(yang mana betul ar?biaq pi la..)kita selalu nak abadikan yang first time..and last time..kita selalu lupakan yang prose diantaranya..adilkah kita..?merapukah aku?sangat.

aku dan mangsa pun berbincang-bincang..akhirnya mangsa putuskan untuk minta RM300 sebagai ganti rugi..
lepas tu..mangsa  suruh call sape-sape..
tengah aku nak call siapa-siapa..mangsa tanya..*suami awak kerja mana?* belum kahwin.*telefon siapa?*abah.* abah awak tinggal mana?*Muar.

"abahhhh..kakak langgar orang..."
"hah?apa jadi?"
"kemek2 la...dia mintak RM300"
"ohh....cakap la langgar kereta...terperanjat abah dengar kau kata langgar orang..teruk ke..?mintak la kurang sikit..."
hurm...kalau betul aku langgar orang macam mana?langgar orang sebab aku memandu sambil cakap dalam telefon?aaa...










serik....tak nak buat lagiiiiii....

"RM200 boleh?"



"boleh la"
( cek purse)
"er...tapi saya ada RM100 je sekarang..esok saya bayar lagi.."
(lama dia fikir)
"RM100 pon boleh la"
"betul ni?halal ea..tq!"
"lain kali...nak cakap dalam telefon..berhenti tepi dulu...bla3..."
"ok..ok..ok"
(mangsa bukak wallet ...nak ambil duit)
"eh....tak apa pakcik...tak apa.."
"habis awak ada duit nak makan tak?"
"ada..ada..."

yeah...cerita ini bukan tentang aku...tapi tentang dia...pakcik ni berjaya buat aku fikir kan kebaikan hati dia daripada aku fikirkan sekeping duit RM100 yang melayang pergi...terharu..terharu....ada orang berhati mulia kepada aku yang juga punya hati, tapi tidak berapa mulia ni...ngeh2..bukan pasal dia bagi aku bayar RM100..tapi pasal dia nak bagi aku duit makan setelah aku menjahanamkan kereta dia.....!comel lahhh.....saya doakan hidup pakcik diberkati.aminnnn!

semoga pakcik bahagia..bahagia dan terus bahagiaa.....





Photobucket

Tuesday, September 10, 2013

3 Persepsi

Bismillah....
Bercakap pasal persepsi ni...semua orang punya persepsi atau pandangan tersendiri....tak kiralah hal apa pun...kita beda...dan dia lain....termasuklah hal poligami...huh..sensitip2..hehe...saja la nak share ..itu hari pergi kursus...penceramah tu cakap...ada 3 lagu yang mewakili 3 pihak dalam isu poligami ni.  pihak lelaki...pihak isteri n anak. jom layannz.












kan3?sesuai sangat kan...hee...itu lah..yang nak ditekankan disini..sebelum membuat sebarang keputusan..yang difikirkan jangan tentang diri sendiri sahaja...takut nanti kita gembira orang lain terluka.apakah itu kebahagiann??eceyhh..amirah....

whoaa...apa la nasib aku..asal masuk sekolah kena kacau dengan suami orang...im not interested at all. bujang ada?bujang trang  tang tang.haha..bujang lapok pon dipertimbangkan. suami orang ...BIG NO. dulu time praktikum aku  terpaksa duduk dalam bilik pemulihan...tutup lampu...tutup kipas..(mengukus...sauna free habaq hang)...sebab konon-konon nak buat macam tak ada orang...elak diganggu suami orang.kesian ea..haha..ya ampunn..lelaki..kali ni..kena lagi...kemonnnnn.....kesian eh isteri dia..sebenarnya kita tak boleh percaya lelaki.ops.BYE!

saudara dan saudari sekalian...kalau kita percayakan kematian...kita tahu macam mana nak jalani kehidupan..kita lebih tahu menghargai...sebelum semuanya hilang.kan..?eh..tiba2..maksud gue..hargai apa yang kita ada.termasuklah isteri dan anak-anak. bukan semua orang dapat apa yang kita dapat. Bersyukurlah.  Sekian terima kasih.

Photobucket




Sunday, July 14, 2013

my graduation's day!

bismillah

Alhamdulillah.tahniah umi abah kerana berjaya melahirkan seorang lagi bakal pendidik.hehe..umi abah dah macam pengarah institut perguruan la pulak.. memandangkan anak-anaknya semua jadi cikgu !
terima kasih juga pada mereka kerana telah menyempurnakan hak saya yang suatu hari dulu sebagai kanak-kanak dengan menyediakan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri (er..ye ke?)
Akhirnya saya berjaya menggenggam segulung ijazah..phew ...tetapi tanpa kehadiran dan sokongan keluarga ,pensyarah, dan sahabat handai....pasti jalan saya lalui akan lebih sukar.eceh

ni haa..bukti kami study.,..sampai sesi (z)!haha..punya la pemalas kan... sampai kena paksa  berjanji dengan diri sendiri....kalau dah belajar..baru tanda tangan..lucu2..

tak apa farah...penat lelah kita terubat la bila dah konbokesen ni kan..syabas beteey!

sebenarnya..sebenarnya saya isteri dia..(menyampah pula asyik-asyik cerita kahwin paksa..kahwin tak rela..dah tak ada modal lain ke?) sebenarnya...saya merancang untuk tidak pergi kovokesyen ni...mesti bosan...nanti mesti penuh-penuh orang...menunggu-menunggu...and plan bawa novel.(terserlah bukan sisi introvert ku..?)...
 itu cuma rancangan saya...rancangan Allah maha hebat.

Nak dijadikan cerita...akhirnya saya decide untuk pergi la jugak..kenapa saya pergi?sebab tak nak jadi pelik...nanti semua orang marah...kui3..sebelum pergi..banyak pula kejadian-kejadian aneh..saya salah tarikh konvo!lalaalala..well...surat tu yang salah!semak dekat internet tulis lain..surat tulis lain...bak kata farah "terima kasih Allah buat sahabat aku ringan mulut nak tanya tarikh konvo" haha..kalau tidak..aku sorang-sorang laaa tiba sana ....tak dapat ku bayangkan!haha..

akibat salah tarikh..abang ipar saya yang bersemangat nak meraikan saya dah apply cuti!...nampak dak?tapi!dia pergi jugak tu!semangat kan...terharu sebab die obses dekat saya..wehuu....abdillah adikku pulak....dia sepatutnya saing qila untuk datang konvo saya..tetapi!apa nak buat..pengantin baru...dia boleh lupa nak ambil abdillah..dah sampai tol tangkak baru teringat..terpaksa patah balik...haha.

qila ambik hati abdillah balik 

Ternyata jangkaan saya meleset .....konvokesyen itu indah ok!!haha..tak semestinya apa yang kita tidak suka itu tidak baik untuk kita...c...dapat jumpa kawan-kawan..yang bestnya..bebas duduk dengan sape-sape dalam hall tu...halamak...memang banyak cerita laa....rupanya nervous juga ea nak naik ambik scroll?haha... and...yang paling indah...melihat umi abah tersenyum bangga!yeah.hehe....umi cool...saya turun pentas....jalan..jalan..jalan...tiba-tiba dengar "amirah!amirah!"....hehe...umi panggil! saya apa lagi ..excited melambai-lambai tangan.haha...like dunia ini ana yang punya....


(oh ya..Farhan Yusuf.bila aku dengar je ade orang bertepuk-tepuk tangan time aku naik pentas..memang kau dah kena maki dalam hati aku.haha.aku tau tak lain tak bukan..kau punya kerja.!)

tiba-tiba aku sadar ramai gila datang konvo aku.rasa bertuah.rasa bersyukur.rasa terharu.bila dapat banyak bunga.rasa suka!hehe.tq guys!

aku post kisah kovokesyen ni...sebab..aku tak nak lupakannya ;) sweet tak?sweet tak?
i promise u, there will be another convocation for me.!insyaallah.



Photobucket

Friday, April 19, 2013

bila saya berbicara =P


bismillah

kini tiba lagi saat untuk rakyat Malaysia mengundi.  simple.  siapa dapat undian daripada majoriti akan menang.  saya kira suatu sistem yang demokratik dan adil.  Pilihan raya kali ini agak istimewa buat saya...sebab....inilah kali pertama insyaallah saya bakal mengundi!  bukan itu sahaja...saya bakal terlibat sama untuk bertugas!  waw. tidak sabar rasanya (ei ayat)

siapa saya nak undi?rahsia.  rahsia bagi diri saya juga.haha.  tak tahu...hangpa berkempen la bagai nak rak dekat facebook tu.  malangnya saya tak berminat nak membaca.  sahih kah?  lagipun mereka yang berkempen lebih kepada emosi. menampakkan kerendahan akhlak masing-masing .  lagi satu..saya keliru..nak undi berdasarkan  calon.atau berdasarkan parti.?  hurm.

Mengundi ni besar tanggungjawabnnya.  penentu masa depan negara.  bukankah untuk membuat sesuatu keputusan kita dianjurkan solat istikharah?  dia yang Maha mengetahui siapa yang lebih layak..  apa kata kita sama-sama buat istikharah.  insyaallah saya nak buat.  siapa dengan saya??!!ceh.

Kadang kala terfikir juga..alangkah indah kalau seluruh muslim di Malaysia ini bergabung.bersatu hati dalam mewujudkan sebuah negara Islam yang didalamnya pelbagai kaum dan hidup harmoni.  bila bersatu mesti kita lebih kuat.  soalnya, masing-masing ada ideologi tersendiri.ada hal yang nak diperjuangkan. semua rasa mereka berada di pihak yang benar.  semua tak mahu mengalah atas beberapa kepentingan.  hurm

oh..satu hal lagi..saya tertarik dengan status facebook Wardina Safiyyah.  ""Itu pendapat anda dan saya hormatinya, namun saya tak setuju" Kita BERHENTI di situ.. "  cara yang baik untuk berhadapan dengan seseorang yang berlainan ideologi politik dengan anda.  supaya silaturrahim tidak terjejas gara-gara berpolitik.ingatlah..kalau kita ada masalah nanti yang bantu kita, keluarga, sahabat handai..bukannya pemimpin tu.  dia tak kenal pon siapa kita.  kita semuakan bersaudara ..oleh itu...belajarlah untuk menerima perbezaan  dan hormati pendapat orang.  



Photobucket

Wednesday, November 14, 2012

my dress up game



bismillah

setuju atau tak bila saya katakan penampilan kita akan mempengaruhi perlakuan?  pernah seorang pensyarah  saya yang nasihatkan supaya guru-guru pelatih wanita menggunakan kasut bertumit...kerana menurut beliau barulah nanti kita berjalan seperti seorang guru...duduk seperti cikgu..bercakap persis pendidik.  betul..betul..betul...saya setuju...saya sendiri rasakan perbezaannya waktu pakai kasut tumit tinggi, kasut sukan, selipar,,,totally different.


saya suka nak kaitkan hal ni dengan lelaki yang memakai kopiah, songkok atau serban.  mungkin ada yang cakap tunjuk alim..bla3 kan?  tapi saya terfikir...kalau lelaki berpenampilan sebegitu tegarkah mereka nak masuk kedai toto untuk main judi?  macam tu juga wanita bertudung...tak rasa janggal ke nak masuk club?
ye..memang ada wanita bertudung melakukan maksiat dibawah tangga la hape kan..tapi..bawah tangga!dia menyorok.tidak sanggup lakukan secara terang-terangan.kenapa ?sebab penampilan yang mereka bawa menyatakan siapa diri mereka. seorang muslim. secara tidak lansung..tudung telah 'mengingatkan'  dia. ingatlah apabila kita keluar daripada rumah..berhadapan dengan masyarakat kita bukan sahaja membawa nama kita sendiri..tapi bawa nama keluarga, nama kampung, nama negeri, nama bangsa, dan agama.  besar kan tanggungjawab tu?

                                         

oleh sebab tu..saya sangat percaya dengan memperbaiki penampilan kita dapat memperbaiki akhlak seseorang.  baru-baru ini..seseorang menyatakan hasratnya untuk berpurdah pada saya...ohh...saya sangat menyokong seratus peratus..walaupun alasannya untuk menggembirakan hati suami dan fashion...bagi saya tak apa..nanti dah pakai purdah takkan pulak sanggup mengumpat, keluarkan kata-kata kesat.kan?tu pendapat saya la..secara individu.  bukan maksud saya kita kena hipokrit.tapi tanggungjawab kita jaga imej wanita berpurdah..wanita bertudung,..lelaki bersongkok..sebab kita bawa nama islam. orang kafir memandang dan menilai. sudahlah kita tidak berdakwah..sekurang-kurangnya jadilah contoh yang baik. bila sudah menjadi kebiasaan menjaga kata-kata..nanti dirumah, waktu tidak berpurdah juga dapat menjaga kata-kata.  insyaallah.dengan erti kata lain..terpelihara.

                                         


jauh disudut hati ni ada juga teringin untuk berpurdah..tapi macam mana nanti nak main roller coaster..nak mandi manda ..haha..sengalkan.  walhal boleh je...agaknya macam ni la orang-orang barat fikir pakai tudung macam mana nak bla3..?satu hari nanti..insyallahh

oklah nasihat terakhir daripada saya.....pakaian adalah keperluan asas manusia.tanpa pakaian kita semua boleh gila..muahaha..jagalah penampilan sesuai dengan agama, acara, waktu, dan cuaca. =)  memang diakui sukar untuk kita berubah.lebih-lebih lagi tentang penampilan..sesuatu perubahan yang orang nampak.  yang ada juga yang kena tukar satu almari...jadi kena nekad.niat kena betul..pedulikan apa kata orang asalkan apa yang kita lakukan tidak bercanggah dengan syarak.  kita patut pedulikan apa pandangan Allah pada kita berbanding makhluk2 lain..(ingatan buat saya juga)  semoga kita semua diberkati Allah s.w.t.Salam Maal Hijrah 1434H..... Bersama memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada semalam




Photobucket

Saturday, July 14, 2012

siapa nak kahwin orang Muar kena tahu!

bismillahh...

Muar.
sebuah bandar yang aman, penuh kasih sayang, kenangan..ahhh..rumahsakit  la macam ni.... =(
sambil homesick-homesick sendirian ni..terfikir la pulak....orang Muar ni...ada dialek tersendiri.sekali dengar orang Muar bercakap memang saling tak tumpah macam orang KL, Selangor dan sewaktu dengannya. tapi ada beza sikit...meh aku list. sekadar yang tahu je ye..

1.  bagi perkataan yang ada sukukata 'ar' dihujung nya selalu ditukar dengan huruf 'o'
     contoh: Muar = Muo
                 Pasar = Paso
     cuba try : dekat paso muo ade ulo. yeay tepuk tangan kalau berjaya. -macam kan susah sangat kan

2.  kalau perasan orang Muar suka cakap 'banyak NA' / 'banyak NO'
     NA tu datang daripada perkataan BENAR .
     NO pula datang daripada perkataan BENO (rujuk num 1.haha)
     Dua-dua membawa maksud banyak benar/banyak sangat

3.  ada juga sesetengah perkataan/ istilah khusus yang orang Muar gunakan..
     robok = almari
     gebo = selimut
     keje kahwin = kenduri kahwin

4.  Muar ada Mee siput!

ya ampun..sedap tak terkata..makan dengan sambal. kelazatannya ditentukan oleh sambal..slurppp.!  (apehal tiba-tiba cerita makanan.eh tapi seriously..cuba tanya yang bukan Muarean...diaorang tau x mee siput.mesti tak...rugi kan.hehe)
   

Eh ,itu je yang tau,hahaha..ala sian...kena mengenali Muar lagi ni.. =p sesungguhnya saya x perasan semua ni..sampailah rakan-rakan dari negeri lain tegur..sebab tak faham.ehe..
and...dah dua kali dalam tahun ini...ada orang cakap dekat saya
 "orang Muar ni pelik kan.."
"er...kenapa?"
"makan satay pagi-pagi"
"oh..ea?"

haha...bagi saya itu biasa.rupanya pelik.  so...saya pun tanya la kawan saya
"weh, pelik ke sarapan satay?"
"ehe.yee...pergi muar hari tu la first time aku makan satay pagi-pagi dengan abah kau"

"oh yee...kau nampak sangat x terperanjat!hahaha"

begitu lah kisah Muar ku tercinta.haaa..sape nak kahwin orang Muar kena tahu yeek...daaa
Photobucket
*dialu-alukan menambah.=)

Tuesday, February 28, 2012

muslim women in sports

bismillah

apa yang pelik sangat tengok wanita muslim bersukan...?dah biasa kan...tapi..jarang-jarang dapat tengok atlet malaysia khususnya wanita muslim yang bertudung...ber hijab.so mari tengok-tengok.kewl hapee.......plus dapat pahala =)

"arahan couch kena ikut..
perintah Tuhan wajib ikut"









alahaii...ada jugak tu dia...=p










saya tak maksudkan semua atlet Malaysia okeh...
berdasarkan pemerhatian saya...pemakaian atlet ni ikut sukan....kalau sukan petanque, memanah, menembak, boling padang, boling..(blurnya...nak fikir) mungkin ramai yang bertudung...yang lain kurang.
hey2...tudung bukan penghalang menjulang piala.eceh.


*tiba-tiba pulak kan ada gambar ni...macam sweeett...ok.memang sweet..=))

HOKEYH...PEREMPUAN PON BOLEH MENUTUP AURAT MASA BERSUKAN...LELAKI PATOTNYA LAGIIIIII BOLEH.SIAPA SETUJU?KAMON LA....PUSAT KE BAWAH LUTUT JE PON.....KENAPA SO SUSAH......TEPUK DADA TANYA IMAN.

*superb hijab boleh didapati di sistar bling shop.ok.sempat promote.hehe


Photobucket

Sunday, January 15, 2012

my true colour

Bismillah...

Satu dunia tahu...bila dah kahwin baru kita tahu true color pasangan masing-masingkan...ini hakikat.biasanya bila cakap true color..color2 yang dimaksudkan adalah..hitam..hijau tahi lembu..simbol ketakbaikan..kekotoran..kebusukan..kan2?...semua manusia macam tu..x ada yang 100% baik..bila dah kahwin...kena saling terima kekurangan masing-masing dan saling melengkapi.eceh.

mungkin sebelum kahwin dia nampak macam ni...

lepas kahwin macam ni pulak kan..


Tapi jangan x tahu pulak....ada je yang sebelum kahwin lagi dah tahu bakal suami/isteri dia punya perangai..kaki pukul, penagih dadah, kedekut, tak solat, kurang ajar dengan orang tua, kaki perempuan, kaki botol, kaki judi, kaki kelentong..macam-macam kaki lagi lah.tangan pon ada..tangan panjang..tapi..masih lagi nak kahwin dengan dia.betul...ada orang macam ni....salah seorang rakan akak saya..ingat lagi..dia cerita bf dia selalu marah dia..pukul dia..dia tak suka..tapi dia sayang dekat bf dia...tahu x?dia simpan lagi gmbr bf dia dalam purse..macam mana nak lupa kan?aku mintak pic tu...aku and my sis pergi dapur...bakar pic tu sama-sama dengan dia.sambil maki2.haha.jahat2

Adakah dia ni jenis setia?atau bodoh?atau terdesak?atau tak tahu fikir?

Bukan-bukan..orang begini bagi saya terlalu mengharap.walaupun dia tahu bakal suami/isteri dia tu tidak pantas menjadi teman hidup..tapi dia masih nak lagi.sebab dia fikir “semua manusia boleh berubah”. Eh hello.....kalau dia boleh berubah...kenapa x berubah sekarang??kenapa nak kena tunggu kahwin dengan kau dulu ke baru dia nak berubah?..kita tak boleh ubah orang ok, melainkan dia sendiri nak berubah. Terimalah hakikat.yang dia tak akan berubah!..malah bila dah kahwin nanti..makin banyak true color dia keluar.faham x?tolonglah faham.

“sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah keadaan yang ada pada mereka” surah ar-r’ad ayat 11.

Janganlah merisikokan kehidupan anda untuk orang-orang macam tu...dia tak sayang diri dia sendiri...dia hancorkan hidup dia sndiri..mungkinkah dia nak sayang kau..think! nanti kalau teruskan perhubungan dengan dia..kahwin...macam-macam masalah lain yang muncul..bergadoh...bla3....lepas tu ada anak pulak...dah pulak..sayang anak..perlukan bapa/ibu...bla3...tak boleh bercerai..lepas tu sampai mati sedih dan terseksa.terfikir jugak..bila waktu kau sayang kan diri kau?mula-mula sayang dia..lepas tu sayang anak.^_^

Yup.setiap orang melalukan kesilapan...sebab tu ada istilah peluang kedua.tapi ingat!tak ada peluang ketiga wujud ok. Dia pon tahu.sepatotnya bila dia tahu tak ada peluang ketiga..mestilah peluang kedua tu dihargai elok2 kan...tapi kalau dia tetap x berubah,..kenapa anda mesti lagi dengan dia??dia x pandai hargai peluang..apatah lagi diri anda. Doakan lah dia kau betul-betul sayangkan dia.

Biasalah orang bercinta...mata jadi buta..telinga tuli....hati lemah dengan pujuk rayu dia...orang sekelilinglah yang dalam keadaan sedar tolong menyedarkan.lempang-lempang sikit.haaha.sirius donk.kalau aku dalam keadaan diatas tolonglah lempang.and aku akan start berfikir..kenapa dia lempang aku..oh sebab aku suka kat orang tu..tapi kenapa x boleh suka orang tu..oh sebab orang tu syaitun.haha.adios.

pst2..apa kata yang baca-baca ni..doakan aku dapat jodoh yang baik2.hee.i pray for you too!aminn

Photobucket

Monday, January 9, 2012

the genius-> Sufiah Yusuf

Bismillah...

kisah perubahan negatif Nur Amalina Che Bakri tengah hot kan....bila saya dengar berita sedih tu...automatically reminds me to Sufiah yusuf.(and terfikir..laku lagi ke buku rahsia kecemerlangan Nur Amalina Che Bakri..eheh)
mungkin sebab mereka punya sikit persamaan
...Muslim..genius...belajar overseas..lepas tu menggemparkan negara dengan berita sedih.
sekarang saya lagi tertarik nak cerita pasal Sufiah Yusuf la....seorang gadis yang punya cerita lebih menarik..why dont you just reading without judging..and learn from her mistake..okeh?
nama dia Sufiah Yusuf aka Shilpa Lee(nama samaran)
...lahir tahun 1984...
.warganegara United Kingdom....
ibunya Halimaton Yusof orang Muar Johor
bapanya Farooq yusuf orang Pakistan...
adik beradik Zuleikha, Iskander,Abraham dan Aisha
genius matematik
pemain tennis yang handal dan antara pilihan pemain britain yang kelapan bagi kategori pemain bawah 21 tahun
pada usia 13 tahun ditawarkan masuk universiti oxford ..!


okay disinilah ceritanya bermula...
satu demi satu rahsia terbongkar tentang...
zaman kanak-kanaknya..


kisah dia menjadi pelacur murahan yang tersebar sebab dia sendiri mengiklankan diri di internet
eh..gile point je kan saya cerita..ahaha..nak tahu lebih lanjut pergi discover sendiri.haha..klik lah words yang telah di bold kan,
si Sufiah ni lebih kurang Amalina...buat pengakuan dekat internet...dalam video tersebut yang menarik perhatian saya la kan..dia cakap..."sesiapa yang memandang pekerjaannya sebagai pelacur tu hina..orang tu ketinggalan zaman".hoho.sampai kesitu kan.kalau kita hidup menentang suruhan Allah tapi masih boleh hidup tenang dan bahagia...kita dalam bahaya...kerana Allah hanya menguji dan memberi peringatan kepada hamba yang disayangi sahaja.

okay-okay .now syukur alhamdulillah...dikatakan Sufiah Yusuf telah berubah kearah positif /insaf sejak tahun 2008...menjadi social worker.a very happy ending rite =). harap-harap Amalina pon cepat-cepat berubah sebelum terlambat.



akhir kata...apa nak kata...maklumat-maklumat ni pon cilok mencilok dari internet.kesahihan tu wallahualam.semuanya melalui pembacaan. bagi saya kalau masa lalu anda tu teruk macam mana pon..yang lepas tu lepas.kena sentiasa bergerak ke hadapan dengan bermatlamat yang berlandaskan agama dan tidak menentang norma-norma kehidupan.gunakan segala potensi yang ada pada diri.. kalau ada masalah hadapilah..jangan lari..jangan simpan..cari bantuan kalau tak boleh nak selesaikan sendiri,..
and yahh..hati kita milik Allah...boleh dibolak balikkan bila-bila masa.sentiasalah berdoa agar terus dijalan yang lurus sehingga ke syurga.aminnn.


Photobucket