Friday, May 25, 2012

siapa sayang ayah?

bismillah...

habis semester 7...alhmdulillah.semester yang paling aku tak suka sebab ada praktikal.3 bulan.kali ni...aku kena mengajar subjek matematik.subjek yang paling aku tak suka jugak..hehe..(ape agaknye yang aku suka tah)...so..bila aku sangat faham betapa tak seronoknya belajar matematik..aku cuba sedaya upaya membuatkan pengajaran aku menarik (cuba je.tp tak tahu lah menarik ke tak =p).  setiap kali waktu aku mesti ada permainan, even tak ada siapa nak observe. apetah lagi kalau nak kena observe..mestilah nak buat yang terbaik kan..

sooooo....idea..idea.idea...kena cari...kena fikir..(worse part) bila dah blur...tanya la kawan.  seorang kawan aku ni cadangkan buat permainan "i love my father..main dalam kumpulan...salah seorang ahli kumpulan jadi ayah...dalam masa 3 minit kena cr nafkah...(cari duit-duit palsu yang dah disorok2 dalam kelas tu)..bila masa tamat...ayah dah x boleh cr duit..and kira duit yang ayah dapat.bahagikan sama rata dengan ahli kumpulan lain.  aku macam wahh.best jugak kan...so plan nak buat la ni..

aku terfikir nak  introduce game ni dengan soalan .."siapa sayang ayah dia??"  ..tapi kawan aku cakap..nanti ada yang tak ada ayah macam mana?.....tak ape...nanti aku suruh la diaorang fikir..rasulullah pon kita tak pernah jumpa kan..tapi kita semua sayang baginda.

bila tiba waktunya...aku tanya ...
"siapa sayang ayah dia"
masing-masing angkat tangan..jawap sayaaa saya sayaa dengan penuh semangattt..
tiba-tiba ada suara dari belakang..
"cikgu dia tak sayang ayah dia" sambil tunjuk kawan sebelah
gulpp..(ape ni...aku tak aspek ada jawapan macam ni pulakk..nasib tak ada yang observe.haha)
"hah..betul ke awak tak sayang ayah awak"
dia angguk...kawan-kawan lain gelak.aduih...
"dah-dah jangan gelakkan kawan...takpa...kita kena sayang ye ayah kita.." -nampak sangat la x ada idea..and terus kan permainan macam biasa..

bila waktu buat latihan..aku pun mendekati la budak ni...ceh..ayat..
aku tanya dia..
"kenapa awak tak sayang ayah awak?"
=)  (dia senyum-senyum je)
"ayah awak pukul-pukul awak ke?"
"tak la"
"habis tu?ayah awak pukul-pukul mak awak?"
"ha ah"
"oh....habis tu apa mak awak buat?"
"cerai.."
"sekarang dah ok la?"
"yepp"
"oh...ok...awak nanti jadi suami..jangan pukul-pukul isteri ok?"
dia gelak..yela..baru 10 tahun kan..dah diingatkan.haha
"eh..cikgu siyes nii..."
"ok2.."

lupa nak pesan dekat dia "walau apa pun.dia tetap ayah awak..awak kena sayang dia.."..sebab cikgu pun macam teremosi dengan ayah dia.hahah..jahat aku.
nampak sangat aku belum ade 'super spontan' untuk berhadapan dengan jawapan-jawapan yang 'ngeri' nak dengar ni...kan...
budaknya pandai... baik...senang kata aku tak jangka la dia ada problem sebesar itu ..untuk dia yang baru setahun jagung tu..kesian..cikgu doakan yang terbaik untuk awak ye!

credit to :cikgu farah ainaa

*kalau korang...korang repon macam mana ye?


Photobucket

2 comments:

BlueiceButterfly said...

~fuh..nasib baik berjaya kawal keadaan..kalau tak mau nangis budak tue..:)

mirash said...

almdlah..haha..kesian kan dia