Friday, February 25, 2011

nak kawin ke x...?

bismillah and assalamualaikum....
haaa..gempak kan post entry kali ni...aku cakap pasal kahwin?waaw..


ayat 1= .nak kawin ke x?(ayat berbaur atas pagar, x pasti, keraguan)....kan?


kalau ayat gini pulak

ayat 2= aku nak kawin( ini dah konfirm..mmg nak! haha)


so...apa yang aku nak bincangkan kali nih adalah perihal ayat 1 tu....kita selalu berhadapan macam-macam pilihan..nak jadi orang baik atau orang jahat...still kena pilih...kan?..tiba-tiba aku teringat kata-kata puan Rashidah...lecturer olahraga aku...
"awak boleh pilih jalan hidup awak...berzina tu memang best..tapi just a few minutes...awak kene fikir kesan dia...kalau mengandung?9 bulan dan seterusnya awak menderita sebab keseronokan beberapa minit tu" (hoi amirah...kau memandai tambah.....tapi lebih kurang gitu la nasihat die pada kami)

*ape yang ditekankan tu hukuman di dunia je kan..jangan lupa di akhirat....huhuhuhu....lelaki pon x terlepas dengan perbuatan jahat itu.

k2...kalau nak beli shampoo pon pilih kan..sunsilk ke panteen?( aku sure panteen)

so pada kawan i yang tengah dilema habis tuuuuuu...ye awak!haha...harus ye bace entry ni...

.kalau ikut anjuran Islam...kita yang blur x tau betol ke x pilihan kite..keputusan kite.....pohon lah pada yang menentukan takdir kita.... buatlah solat sunat istikharah...

iktikharah:meminta pilihan yang baik

Solat Sunat Istikharah adalah solat sunat yang didirikan untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan. Oleh itu kita memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.

Waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam terakhir.


cam mane nak buat solat sunat istikharah?

NIAT

Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"

DOA

Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.

Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini ?. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini ?. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya.(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

semoga kita diberi petunjuk oleh Allah..Allah itu dekat dengan kita..umpama urat di leher kita...so....kenapa tanya rakan kite ?tanya lah Tuhan kite...(ingatan untuk aku..ngaaa)

"Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”(HR.Thabrani)"

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

bila kita x tahu.kita kena bertanya.kalau tak sesat jalan.tapi tanyalah pada yang tau jalan.kalau x sesat jugak.wallahualam...
.Photobucket

5 comments:

Anonymous said...

aq nak kawin..

mirash said...

wah..sape nih..haa..kawin la..sunah nabi.x de sape kate x leh kawin.hehe

Anonymous said...

copy paste.

Speka Rodriguez said...

iye je ko xnk kawen...ha,t dpt anak letak name hafiz al-hakkam...style...hahahahha

mirash said...

aah.copy paste.kui3...
speka...hafiz?ur name.x nak.ahhahaa