Tuesday, April 23, 2013

apabila purse hilang

bismillah

assalamualaikum teman-teman.  apa yang perlu kita lakukan apabila purse /wallet kita hilang??  kebiasaannya...bila beg duit hilang ni..kita bukan sahaja kehilangan duit.tetapi dokumen-dokumen penting pun ghaib juga.so....mari sini saya tolong list kan panduan mengurus dokumen-dokumen penting yang hilang (kad pengenalan, lesen, kad bank) supaya kita tak berpusing-pusing dibandar dan kepenatan.

1.  Hubungi pihak bank untuk menyekat akaun bank anda.

2.  buat laporan di balai polis.
    penting ni.. supaya kad pengenalan kita tidak disalah guna oleh orang yang tidak bertanggungjawab.     terutama kalau berlaku kecurian.  selain tu...dengan adanya laporan polis ini, kita dapat dikecualikan daripada dikenakan bayaran untuk membuat kad pengenalan dan lesen baru.  dalam laporan maklumkan  yang laporan ini bertujuan untuk merujuk pihak-pihak berkaitan.  jangan lupa bayar rm2 untuk dapatkan laporan itu (resit simpan, kerana ketika berurusan diJPJ akan diperlukan)

3. Fotostat laporan polis (2 salinan) untuk buat ic dan lesen.

4.  Buat ic
      isi borang terlebih dahulu bagi memohon kad pengenalan baru.ambil nombor. & smile! untuk gmbar baru   ic anda.  setelah itu, kad pengenalan sementara akan diberi.  1 minggu selepas tarikh tersebut..baru boleh dapat kad pengenalan.

5.  Fotostat ic sementara (1 salinan)

6. Pergi  bergambar di kedai gambar, untuk dapatkan gambar berukuran passport yang akan digunakan bagi membuat lesen memandu.

7.  Buat lesen
     Serahkan salinan kad pengenalan sementara, laporan polis (yang original JPJ akan ambil) , sekeping gambar passport.  maka dengan itu, dapatlah anda lesen baru.

8.  Mengurus kad bank
    Untuk berurusan dengan bank pastikan anda bawa kad pengenalan sementara.  kalau ada buku bank, bawa la sekali ye.
    Maybank:  kalau kad maybank yang hilang....pastikan anda ke cawangan asal ketika anda membuat kad  atm tersebut.   Maybank cawangan lain tidak
dapat uruskan kad anda dengan menggunakan kad pengenalan sementara.  kalau dah dapat ic betul..haa..mana-mana cawangan pon boleh
BSN:  BSN boleh dimana-mana cawangan.

*Penomboran dibuat bagi menunjukkan turutan proses yang saya cadangkan agar memudahkan anda berurusan. ceh.hhaha..almaklumlah,..sudah banyakkkk pengalaman hilang kehilangan ni.hihihi..semoga anda mendapat manfaat daripada kecuaian saya.muahaha.  sahabat saya cakap.."Kalau kita kehilangan sesuatu, jangan bersedih...pasti Allah gantikan dengan yang lebih baik"  haaa...sesiapa yang tak suka gambar dalam Ic dia.ini suatu peluang menarik untuk dapat gambar yang lebih baik =p



9. Beli purse baru..sobs

Hermes Dogon Compact Purse Clemence Orange






Photobucket




4 comments:

halim said...

entry yg bgus..bru ilang wallet pg td..sob3

mirash said...

tq!lorr...innalillah...

mirash said...

tq!lorr...innalillah...

Anonymous said...

Nak tanya sekiranya resit ic tu hilang Mcm mna ye? Boleh ke pg amb ic baru tanpa resit dan hanya menggunakan ic lama ?