Monday, November 21, 2011

apabila diajak kahwin lari

bismillah...

kahwin lari...bukan bermakna kita berlari...lari pecut mahupun berlari-lari anak. naik kereta kahwin dekat thailand pon kira kahwin lari..tapi kalau ..wali ada dekat thailand..itu bukan kahwin lari.wali berada jauh lebih dari 2 marhalah.ok la..untuk kasik clear adik-adik yang belum tahu apa tu kahwin lari...secara ringkasnya..kahwin lari tu...kita kahwin guna wali hakim....sebab 'tak ada' wali (belum refresh sangat subjek munakahad..ehe..) selalunya untuk lari daripada masalah.



sekadargambar hiasan

contoh-contoh masalah....macam....
  • suami tak dapat keizinan untuk kahwin lagi satu dari mahkamah atau isteri sebelumnya.
  • anak tidak dapat restu daripada keluarga sebab perbezaan darjat ..nak kahwin laki orang ke...bla3...
  • untuk merahsiakan perkahwinan atas sebab-sebab tersendiri
  • tidak cukup bajet untuk kahwin .haha.ada ke?
dan banyak lagi la kan...atas apa jua alasan..kalau diajak kahwin lari...jerit kuat-kuat dekat telinga orang tu..nooooo!tak nak!tidak mungkin!..sebab ??!! sebab ...kita mungkin memang dapat lari daripada masalah-masalah diatas...tapi..kita terjun dalam masalah lain pula tanpa sedar.so mari sedarkan diri...

contoh-contoh masalah..macam....
  • dah kahwin lari tu..ada dua pilihan lagi.nak terus tinggal disana atau pulang ke Malaysia..kalau pasangan bawa balik malaysia elok lagi..kalau yang stok kahwin dengan orang asing...macam warganegara indonesia...bawak duduk lombok ke..tak ke nayeee...sebelum kahwin janji lain.dah kahwin lain.sebelum kahwin sanggup nak duduk sana.susah hidup di negara orang.......macam-macam dugaan.jadikan kes Rosnah Abu Bakar sebagai iktibar.
  • katakanlah..pasangan anda tu...menganiaya korang kan...pukul...curang...tidakbertanggungjawab ..kalau lelaki ok.boleh lafaz cerai.perempuan?tuntut fasakh?macam mana?mahkamah tak boleh tolong.apa bukti anda kahwin?perkahwinan anda tidak didaftar di Malaysia....
  • ok..kalau dah masalah macam diatas...ada anak pulak...lelaki dah lafaz cerai...siapa dapat hak penjagaan?kalau dua-dua nak macam mana?? again..mahkamah takboleh buat apa-apa..tanpa mahkamah susah la nak dapat keadilan
  • kalaupun pasangan tu hidup bahagia...tak ada masalah....dapat cahaya mata....anak tu warganegara apa?macam mana nak didaftar kan..sedangkan perkahwinan anda tidak didaftarkan ikut undang-undang Malaysia.jeng3..masalah2....
  • fikirkan..hak anak tu pula untuk dapat pendidikan yang sepatutnya..macam sekolah...macam mana.macam-macam hal.tak boleh nak daftar kan anak ke sekolah ok...sebab anak tak ada dokumen-dokumen kelahiran. tu baru pendidikan...hak kesihatan...bank...haih macam-macam.untung tau dapat jadi wargaanegara malaysia. kita dah rasa...kesian anak tak dapat.
  • and korang fikir keluarga akan mudah terima anda sekeluarga ke?keke...mesti la makin membuak-buak benci...marah...tidak puas hati sebab mengenepikan mereka....dah tepi..membelakangkan pula..if anything happen to u...sebatang kara?nauzubillah..perkahwinan tu seharusnya menyatukan dua buah keluarga..bukan memecah belah kan.ceceh.agree?silap-silap kena macam nih.jadikan pengajaran!

  • oleh sebab anda dah mengenepikan hak bapa sebagai seorang wali..pastinya bapa anda tu terluka dengan tindakan anda.anda seolah-oleh mementingkan stranger yang baru dikenali tu berbanding ayah yang bukan setakat kenal anda..tapi dah berbakti kepada anda sejak dari lahir.uh..touching pulak.jadi..bahagia ke hidup tanpa restu dan doa bapa?
nampaknya..jelas.masalah susulan lepas kahwin lari lebih banyak daripada masalah sebelum kahwin.soo..think!berfikir dengan bijak.kahwin lari bukan pilihan terbaik.bukan juga pilihan terakhir.malah tak masuk pilihan akal yang waras.

saya hanya membebel-bebel berkenaan masalah je kan. lebih lanjut tentang hukum kahwin lari atau status kahwin lari klik saje...mungkin dapat membantu.chiaww...!eh jap.baru tau yang anwar ibrahim kahwin lari dengan wan azizah.owhh..tu pun tau dari sini.kesahihan wallahualam.

Photobucket

No comments: