Wednesday, November 2, 2011

cantik

bismillah...

hai lelaki dan wanita diluar sana.eceh.
mari kita bersemuka.berterus terang mengenai muka kita...
ada antara kita yang merasakan dirinya tak cantik...tak kacak..tak bergaya...lebih-lebih lagi bila tengok cermin kan?ataupun tengok air?sebab waktu itu la kita nampak diri kita. ada yang benci tengok wajah sendiri.ada yang terus tak suka tengok cermin. tak suka bergambar...rela jadi cameraman!



ada juga yang terus membandingkan fizikal sendiri dengan seluruh manusia di pelusuk dunia..bila layan movie korea...korean looks pon cantik..nak jadi macam tu..macam patung! ..bila tengok hindustan..runsing pula macam mana nak jadi macam asywairarai.tapi mata sepet..eh barbie pun cantik..nak badan macam barbie doll.sudah...tak cukup dengan manusia..dengan watak disney pon nak!. dan akhirnya kecewa..sebab tak akan ada penghujungnya jika kita terus membandingkan diri dengan orang lain....sedih dengan fizikal sendiri, rohani jadi sepi.peh

hal ni selalu kita rahsiakan...antara kita, cermin dan Tuhan sahaja yang tahu.sebab apa?malu.kalau tak dibendung boleh sakit ok.sakit jiwa.er...kemurungan...masalah emosi la senang cerita.tu yang sampai ada menghidap bulimia, anorexia, dan lain-lain .(dll. sangat membantu dalam penulisan jika buntu.aite?).ada yang rasa nak buat pembedahan plastik...terus menerus mengutuk dir sendiri..rakan bergurau tentang fizikal kita...kita anggap serious..

(come on mira.kau pun pernah kan??kan???haha..-_-)

itu dulu k...DULU....duluuuuuuuuuuuuuuuu..(tak over tak nak )....sebelum saya belajar doa ketika melihat cermin.ini cerita benar.jangan gelakkan T_T

doanya berbunyi begini
"Ya Allah ya Tuhanku, seperti mana Kau telah memperelokkan rupaku, kau elokkanlah juga pekertiku"

doa ni buat aku berfikir...
  • tak pula disyaratkan..orang yang wajah elok je boleh baca doa ni .orang tak cantik..tak handsome tak boleh amalkan.no no no.... doa ni untuk seluruh hamba Allah.maknanya wajah SEMUA makhluk ciptaan Allah khususnya manusia adalah ELOK RUPANYA.
  • kalau muka aku tak elok...tapi aku doa elokkan pekertiku seperti rupaku. adakah bermakna..orang yang hodoh...pekertinya akan sama hodoh macam muka dia..orang yang cantik akan sama cantik dengan pekertinya.merepek kan.
oleh itu..saya membuat kesimpulan...doa ni punya makna tersirat yang ingin disampaikan...iaitu..kita semua makhluk terindah..elok....hiasi diri kita dengan akhlak yang baik...kita akan kelihatan lebih menarik.kan?so..sejak dari hari tu..saya tengok cermin..baca doa dan tersenyum mengenangkan kebodohan sendiri.

setiap kali kita merasa kita hodoh. fikirkan..adakah kita sedang memperkecilkan diri kita..atau memperkecilkan ciptaan yang maha indah?

p/s: jangan lupa amalkan doa itu.





Photobucket

2 comments:

Anonymous said...

pg belajar la mira ui.. dh nk exam dah.

mirash said...

ye...jum belajar2.haha.peh