Bismillah....
hai hui,.ada tak antara anda pantang diberi kertas dan pensil teruslah melukis. yap..even korang tak tau pon lukis.kan2?ada x?itu aku donk! kadang-kadang tulis nama sendiri berulang-ulang..kadang2 buat signature..haha..kadang2 lukis rumah..orang..bla3..tapi saya percaya kalau anda tahu menggunakan pensil...mesti boleh lukis punya.samalah macam orang kata...kalau reti berjalan, boleh menari, kalau reti bercakap, boleh menyanyi.
bila anda melukis, tanpa anda sedar...anda telah memindahkan fikiran/perasaan/emosi/afektif anda pada sekeping kertas.ibarat menulis diari.. jeng jeng jeng!jadi....saya nak berkongsi lah ni satu rahsia...bagaimana anda nak mentafsir lukisan anda sendiri...ataupun orang lain!syok kan...and i call it silence world...
*salah satu lukisan dikala bosan dalam kelas.=p.tolong jangan interpret. haha.
chop2!untuk lebih menarik...sekarang ambil kertas dan pensil..warna..lukiskan diri anda.(tanpa membaca tafsiran kat bawah ni ..x best mengelat.hehe)
warna:
guna satu warna secara berlebihan: menunjukkan keresahan..
orang yang sedang gembira akan guna lebih banyak warna dalam sesuatu lukisan berbanding orang yang sedang murung.
cenderung untuk memilih warna merah dan hitam: menunjukkan sedang mengalami trauma
saiz lukisan(orang)
kecil: seorang yang pemalu, rasa kurang selamat
sangat besar: agresif dan sukar mengawal emosi dalaman diri
melukis orang yang lebih besar dari orang-orang lain yang terdapat dalam lukisan: orang yang besar itu mungkin orang yang penting dalam hidup si pelukis atau orang besar itu seorang yg agresif.
kedudukan lukisan
dipenjuru kertas: rasa tidak selamat dan perlukan sokongan.
separuh bahagian di atas kertas: optimis dan suka berfantasi.
condong 15 darjah: kedudukan yang kurang selamat /tidak seimbang
lukisan diri pelukis rapat dengan seseorang yang lain: dia mahu rasa disyangi oleh orang itu, mungkin orang tu seorang yang penting bagi dia,
kepala
kepala lebih besar dari anggota badang yang lain: mengaharapkan dia lebih pandai dari sekarang.
melukis gigi: agresif/pernah mengalami penderaan fizikal
gigi yang sedikit: berkepimpinan
telinga:masalah pendengaran, mengesyaki apa yang diperkatakan orang lain tentang dirinya
mata yang besar:rasa curiga
lukis mata sahajatanpa orang: masalah dalam bersosial,
mata yang disolek: seorang remaja
badan
tangan yang panjang dan besar:ingin menguasai orang lain /inginkan kuasa
tangan yang kecil: rasa diri tidak efektif/lemah/baik
tangan yang berpaut pada badan: agresif
kedua-dua kaki rapat: keregangan dan mengawal ransangan seksual/risau serangan seksual dari orang lain.
kaki yang sangat besar; mencari perlindungan
kaki yang kecil:tidak mampu berbuat apa-apa/rasa tidak selamat
lukisan yang ditekan: dipaksa, agresif, penuh tenaga
lukisan dengan line yang samar: pemalu, tidak selamat. kuang tenaga.
lukis bayang-bayang: menunjukkan kebimbangan pada bahagian badan tersebut
itu sahaja yang mampu saya kongsikan.haa..amacam?lepas ni mesti sibuk nak tengok kawan-kawan conteng buku kan.hehe...ini salah satu cara..macam mana..parent nak kenalpasti emosi anak...lihatlah lukisan dia...sebab mereka sukar nak express feeling verbally...sebab terhadkan kosa kata..so semoga boleh membantu!daaaa
2 comments:
mata satu?? freemason. haha
eish..zamzuuuuu
Post a Comment