Friday, April 19, 2013

bila saya berbicara =P


bismillah

kini tiba lagi saat untuk rakyat Malaysia mengundi.  simple.  siapa dapat undian daripada majoriti akan menang.  saya kira suatu sistem yang demokratik dan adil.  Pilihan raya kali ini agak istimewa buat saya...sebab....inilah kali pertama insyaallah saya bakal mengundi!  bukan itu sahaja...saya bakal terlibat sama untuk bertugas!  waw. tidak sabar rasanya (ei ayat)

siapa saya nak undi?rahsia.  rahsia bagi diri saya juga.haha.  tak tahu...hangpa berkempen la bagai nak rak dekat facebook tu.  malangnya saya tak berminat nak membaca.  sahih kah?  lagipun mereka yang berkempen lebih kepada emosi. menampakkan kerendahan akhlak masing-masing .  lagi satu..saya keliru..nak undi berdasarkan  calon.atau berdasarkan parti.?  hurm.

Mengundi ni besar tanggungjawabnnya.  penentu masa depan negara.  bukankah untuk membuat sesuatu keputusan kita dianjurkan solat istikharah?  dia yang Maha mengetahui siapa yang lebih layak..  apa kata kita sama-sama buat istikharah.  insyaallah saya nak buat.  siapa dengan saya??!!ceh.

Kadang kala terfikir juga..alangkah indah kalau seluruh muslim di Malaysia ini bergabung.bersatu hati dalam mewujudkan sebuah negara Islam yang didalamnya pelbagai kaum dan hidup harmoni.  bila bersatu mesti kita lebih kuat.  soalnya, masing-masing ada ideologi tersendiri.ada hal yang nak diperjuangkan. semua rasa mereka berada di pihak yang benar.  semua tak mahu mengalah atas beberapa kepentingan.  hurm

oh..satu hal lagi..saya tertarik dengan status facebook Wardina Safiyyah.  ""Itu pendapat anda dan saya hormatinya, namun saya tak setuju" Kita BERHENTI di situ.. "  cara yang baik untuk berhadapan dengan seseorang yang berlainan ideologi politik dengan anda.  supaya silaturrahim tidak terjejas gara-gara berpolitik.ingatlah..kalau kita ada masalah nanti yang bantu kita, keluarga, sahabat handai..bukannya pemimpin tu.  dia tak kenal pon siapa kita.  kita semuakan bersaudara ..oleh itu...belajarlah untuk menerima perbezaan  dan hormati pendapat orang.  



Photobucket

3 comments:

Speka Rodriguez said...

kuat jugak cik mirah ni politik ye..hahaha

mirash said...

ye ke???haha

zadhiyavaldivieso said...

10 No Deposit Casino Bonuses for Real Money in 2021
Free 해외토토배당 Spins No 메이저 벳 먹튀 Deposit Casino USA · 1. 하랑 도메인 Ignition Casino · 2. 인스타 셀럽 1xbet Casino · 3. Café Casino · 4. Cafe Casino · 5. BoVegas Casino · 6. Bovada · 토토 커뮤니티 7.