Marilah kita bersyukur.ucapkan Alhamdulillah dan hargai nikmat yang dikurniakan pada kita. ada kepada tiada(kelahiran) .tiada kepada ada(kematian). itu lah hakikat dunia ini. Cuma Allah s.w.t yang sentiasa ada dan tidak pernah tidur.alhamdulillah malam sabtu ni..merupakan 1 Rejab.....yang masih hidup, bersegeralah dan berlumba-lumba lah untuk membuat amalan.
hari ni.jum dengar kisah-kisah yang berlaku pada bulan rejab
#kisah 1
Diceritakan seorang wanita di baitul Maqdis, apabila datang bulan Rejab, beliau membaca sural al-ikhlas 12 kali setiap hari. ditakdirkan beliau sakit, kemudian wanita ini mewasiatkan kepada anaknya agar apabila beliau meninggal dunia, kafankan dengan kain kafan yang murah sahaja. Walaupun begitu, anaknya ingkar kerana ingin bermegah-megah. Jenazah ibunya dikafankan dengan kain kafan yang mahal. Pada malam kematian ibunya, si anak bermimpi dimarahi ibunya. Anaknya terbangun daripada tidur ketakutan dan terus ingin menggali kubur ibunya untuk digantikan kain kafan. Terkejut bukan kepalang apabila didapati ibunya tiada didalam liang lahad tersebut. Kemudian anaknya terdengar suara ' tidakkah engkau tahu, sesiapa yang mengagungkan bulan Rejab, kami tidak akan membiarkannya sendirian didalam kubur"
#kisah 2
Rasullullah s.a.w bersama sahabatnya yang bernama Saubar melalui perkuburan Baqi di Madinah. Rasulullah s.a.w menangis kerana baginda melihat orang-orang di dalam kubur itu diseksa. Baginda terus mendoakan agar seksa mereka diringankan. Kemudian baginda bersabda, " wahai Saubar, jika mereka berpuasa 1 hari dalam bulan Rejab dan tidak tidur beramal dalam bulan Rejab, nescaya mereka tidak diseksa didalam kubur"
#kisah 3
Siti Aisyah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, semua manusia akan dibangkitkan dalam keadaan lapar dan dahaga (melainkan para nabi dan kaum keluarganya) kecuali orang-orang yang berpuasa bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.
#kisah 4
Saidina Abu Bakar pernah berkata "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam bulan Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul disekeliling kaabah, maka Allah berfirman, mintalah apa yang kamu kehendaki. Malaikat pun menyatakan hajat mereka adalah agar Allah s.w.t memberikan keampunan bagi orang yang berpuasa di bulan Rejab. Allah menjawab, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa-dosa mereka.
wallahualam
No comments:
Post a Comment