Monday, November 23, 2009

PANTAI TIMUR BANJIR LAGI!

banjir....kasihan bila mengenangkan nasib mangsa-mangsa banjir yang saban hari terpampang di berita utama. Siapalah saya untuk membantu. Pernah juga terlintas di pemikiran saya, kenapa perlu banjir lagi? Ia seakan-akan pattern setiap tahun. Saya bukan ingin menentang hukum alam, tetapi, saya fikir kita sebagai manusia, pasti ingin hidup yang lebih kondusif. Kita mampu berfikir. Kita boleh mencegahnya. Melalui punca-punca banjir seperti berkurangan kawasan telap air, pemendapan kelodak dalam sungai atau kekurangan kawasan lapang membolehkan kita boleh menjana pelbagai idea bagi mengelakkan ia daripada berlaku. bagi saya, sesuatu perlu dilakukan memandang banjir mengakibatkan banyak kerosakan, maut dan menjejaskan ekonomi negara. saya harap agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi dengan tidakan segara semua pihak...contohnya, membina empangan, membaiki sistem perparitan dsb. (saya tidak master tentang semua ni, just terfikir sahaja =0)



No comments: