Monday, November 23, 2009

THINK AND CHANGE!


THINK: Setiap kali hari lahir anda, umur anda meningkat dan hayat anda semakin singkat, begitu juga apabila semalam tiada dan esok pula menjelma. Adakah umur anda 20 tahun?30 tahun? atau 50 tahun? tidakkah anda pernah merasa bosan tentang kehidupan seharian anda yang stereotype. Contohnya, jika anda sebagai seorang pelajar, bangun pagi, pergi ke kelas, buat tugasan ,tidur kemudian hari esok datang lagi dan perkara yang sama berulang kembali. Apa yang membezakan hari-hari anda adalah semalam di marahi pensyarah, hari ini pula banyak tugasan, esoknya bergaduh dengan rakan. hey!saya mengalaminya! saya merasakan hari saya sia-sia, saya seorang yang membosankan, tiada perkara baru yang saya dapat dan macam-macam lagi. apa kata saya dan anda sama-sama mengubah hidup, jangan biarkan hidup mengawal kita, biar kita yang mengawal hidup. kerana saya percaya kita mampu mengubahnya...

APA YANG PERLU DIUBAH???

CHANGE:
1. Tukar aktiviti seharian anda --> hadiri kelas agama(ceramah, kelas mengaji, atau layari internet tentang perkara yang memusykilkan anda selama ini), hadiri kelas tarian(belly dance, salsa), beriadhah(jogging, badminton,berenang) , melancong( Malaysian should visit Malaysia!), manjakan diri anda ( x perlu ke spa, anda dan rakan oleh melulur antara satu sama lain and massage!) dan macam-macam lagi. think!

2. Tukar sikap anda--> Mestilah yang buruk kepada yang baik atau yang baik kepada yang lebih baik. Anda mungkin berprinsip, tetapi tidak salah jika mengubah sesuatu yang kurang enak tentang diri anda untuk menjadikan anda seorang individu yang lebih disenangi. contohnya, anda agak kedekut, anda perlu tahu mengatasinya dengan cara mengambil tahu hikmah orang pemurah. Ini dapat mengikis sikap buruk anda yang sering menjadi umpatan orang itu! Cubalah, anda pasti suka hasilnya.
3. Lakukan! ---> lakukan apa sahaja yang anda suka, tanpa menghiraukan apa orang akan kata, kerana pemikiran itu membuatkan anda hidup seolah-olah dijajah tanpa anda sedar. jadilah seseorang yang lebih berani. Tapi ingat!harus ambil kira segala norma-norma kehidupan. Contohnya, anda seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki, namun terdapat hasrat untuk mengubahnya menjadi lebih feminin, lakukan sahaja walaupun anda tahu, rakan-rakan akan memperkatakan tentang diri anda. fikir secara positif!kerana itu normal, anda juga tertarik dengan sesuatu yang berubah. oleh itu, ubah diri anda supaya anda supaya lebih menarik.

4. Jangan biarkan diri anda 'bodoh' ---> Jika anda tidak tahu tentang sesuatu, contohnya bidang geografi(kerana anda sangat membencinya ketika di sekolah) dan sehingga sekarang umur anda sudah 10 tahun meninggalkan bangku sekolah, anda masih diri anda yang lama. Ambil tahu perkara yang anda mampu tahu supaya lebih yakin dan berilmu.
* i will think more and update this post(Insyaallah)...if u have another relevan idea, pls comment. =)

No comments: