Tuesday, April 19, 2011

tutorial berjimat cermat


bismillah and assalamualaikum...

1. Sharing
Makan berkongsi ye...pakai dulang...dapat ikut sunnah nabi s.a.w sekali...makan ramai2..siapa cepat dapat makan banyak.siapa nak berdiet...makan lambat-lambat.

2. Minum air putih
air putih...air suam..air jarang...air masak...ganti dengan air milo ais anda..adui...bagus untuk kesihatan ye! ada kedai kasik free je...ada kedai harganya 20 sen.ceit.

3. Topup..
oh...berhenti topup..anggap hp anda kena curi atau Malaysia membuat sekatan komunikasi. clash dengan bf/gf jap(kalau bf dah kerja..suruh dia support)...jangan!jangan putuskan hubungan dengan mak ayah dan family.kite guna trick ini.miss called aje..nanti mereka faham nak call balik.(dah bergaji nanti jangan lupa mereka)

4. terperap
duduk la ye dirumah...atau di asrama senyap-senyap..baca buku..buat persediaan awal untuk exam(errrrrrrr....)....memang tak la kan. buat ape ye dirumah.?oh ini lagi macam menenangkan....selongkar buku-buku yang dah lame beli tapi tak baca-baca. (kalau kite sendiri beli maksudnye ada lah minat kat buku tu kan...so bace2..jangan membazir!)

5. stop shopping!
jangan beli barang yang kalau kau tak beli...takde kesan yang memudaratkan kau orang.contoh:kalau tak beli barang tu...kaki kalian patah.(hal ini, anda kene beli) maksudnya yang x perlu walaupun murah!kena ada prinsip ye dalam berjimat cermat atau kehidupan sengkek...sebelum shopping..listkan barang Keperluan bukan kemahuan.ok..kalau nak beli barang keperluan pulak...sedaya upaya lah anda tawar menawar and mintak diskaun..so shopping kat pasar malam ok.

6. asaimen
Kalau takde bajet nak buat asaimen(maktab begitu ye...asaimen banyak keluar duit)...masukkan aje dalam refleksi...."kerja saya kongkang sebab takde bajet...kalau saya ada duit rm1000 untuk diperuntukkan bagi menyudahkan asaimen ini..saya akan......(karang la kajian masa depan anda..kui2)....kalau tade duit nak beli double a..pakai paper lame je..hoho.

pst2...tadi pagi saye menerima panggilan yang hangaattt." mira asaimen kite kene reject...mimi kate asaimen kite hancus..en pulang balik..suruh hantar hari ni jugak"....
hati ini..hancur dan luluh keranamu...omg...tapi kite kewl2 je kan..hati membara..apekah kesalahan kami....!oh...k...rupenye asaimen kami dikatakan kongkang oleh lec sebab susun tonggang tebalik...macam asaimen jawi.ehe..alahmak,.pe dehal.syurkur..panggilan hangat tu sebenarnya hangit aja..."

7.makeup
bagi perempuan-perempuan yang compact powder dah habis..boleh la dapatkan debu tayamum di mana-mana k. bagi mengganti lip gloss...pakai minyak masak yang dah digunakan.bagi eye liner, eye shadow, pakai lebihan barang abm anda.seperti water color..crayon...maker pen...dan lll.atau keluar dengan natural beauty anda =)..walaupun kadang-kadang macam muka mangsa dera.

8. kereta
oh saya pernah terbaca..bawa kereta slowly..jimat minyak...no aircond.bukak tingkap.tapi cuak pulak dengan mamat misteri yang suka baling asid tu kan...grr....(tawakal aje)kalau pasal roadtax tu....naik kereta baca la doa..tawakal je la...jalan jerr....mudah2han x kantoi...kui3...

9. guna kemahiran anda!
parttime job...!basuh kereta kat bawah apartment ke...bhp ke...ambik gambar ke...makeup orang ke....tawarkan khidmat menjaga anak orang ke...tutor ke...hak2..janji halalun toiyibah k.fikir2!atau!tukang angkat tayar...di work shop mcm ini!jika anda gagah macam saya.


10. Pajak Gadai
tak bagus ea gadai barang?k..kite tukar term..jual barang anda yang sebenarnya tak berapa nak guna or perlu or penting. contohnya ipod. wink2~~...ipad boleh diganti dengan hp kan..dengar aje lagu dari hp guna handsfree.ok.jangan lakukan pembaziran.so..masukkan ipod anda dalam mudah.com...jual!hoho..(kalau dah terdesakkan).

11. rokok
ini malas nak cakap.tapi ramai x faham.so...kena cakap....jangan sebab sekotak rokok tu...rasa puas best dapat merokok for a day.lepas tu merana x makan sebulan sbb habis duit beli rokok. ok..


k..nih antaranya..kalau ada cadangan lebih bernas..bolehlah kemukakan...pokoknyaa....jangan stress2 ye kawan-kawan..kita serupa...ingat je ada orang lagi susah3x dari kita....rezeki tu datang dari Allah.....urusan Allah s.w.t

As-Syura (As-Shura) [27] Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.

Az-Zumar [52] (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).

At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinyadan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

kenapa IPGM Teknik, KL sahaja belum dapat elaun?
1. Sebab Allah s.w.t tahu student IPGM Teknik, KL je dapat hadapi dugaan tu.
2. Sebab Allah s.w.t nak menguji setiap dari kita...
3. sebab Allah s.w.t nak menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik..tunggu je hikmah nya..

ok...lebih ok kan kalau fikir macam tu...daripada fikir,..HEP,KPM,pilihan raya sarawak dan lain-lain.manusia...macam2...

amalkanlah ayat seribu dinar and doa mudah bayar hutang (surah al'imran ayat 26&27)
semoga lebih tenang...yakin...dan hadapi dengan senyuman ..kuang3...daaa..chill~~
Photobucket

2 comments:

Cik Yuyu said...

nak keje buat ABM tak? type esemen? Haha

mirash said...

tak hingin.hehe