Wednesday, July 25, 2012

learning by playing


Bismillah...

post kali ni khusus buat ibu bapa..ibu-ibu guru yang pingin ajar anak-anaknya ataupun ibu-ibu saudara..bapa-bapa saudara yang punya ponakan.ya juga bisa. (sempena minggu terakhir sinetron puteri yang ditukar =p)  so..disini ada beberapa cadangan aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan bersama budak-budak kecil untuk mempelajari bahasa. tak kisah la bahasa Melayu ke...cina ke...india ke.indonesia ke...pokoknya..bahasa!

1.  gambar keluarga

  yah....gunakan gambar keluarga anda.contohnya ketika bercuti ke Penang.  Gunakan gambar tersebut    sebagai bahan ransangan untuk galakkan anak anda bercerita.  cerita yang simple-simple la...bercuti dengan siapa..dekat mana...pergi mana...seronok ke tidak...anda juga boleh bertanyakan soalan terbuka dengan banyak...soalan terbuka ni maknanya..soalan yang bila anda tanya, jawapannya bukanlah sekadar ya atau tidak.
contoh soalan tertutup:  seronok tak jalan-jalan/bersiar-siar dengan ibu? seronok./adakah anda berasa seronok bersiar-siar dengan ibu?Ya
contoh soalan terbuka: kenapa rasa seronok pergi Penang? sebab..bla3....(kanak-kanak akan terus bercakap)

kenapa guna gambar keluarga?sebab hal-hal paling dekat dengan dia adalah keluarga. so banyak dia tahu dan lebih yakin untuk bercerita.


2.  Fun with food
Bahan-bahan yang diperlukan mungkin buku resepi.  beli buku resepi yang murah-murah tu..(ade ke?)...ataupun surat khabar yang ada gambar makanan. lepas itu...anda bersama anak anda pilih mana satu favourite food masing-masing dan not so favourite food. sediakan kertas kosong yang dibahagikan pada dua column.labelkan column dengan fav & not so fav. gunting gambar makanan dan tampalkan pada column...  sebanyak yang boleh.  sambil itu, perkenalkan kepada anak-anak perkataan baru yang berkaitan makanan.  berbual tentang makanan tu..pedas ke tak..bla3...


3.  Driver's license 
haa...kalau anak-anak yang sudah ada basikal sendiri...dah boleh bawak basikal...aktiviti ini sangat sesuai.  Anda dan anak boleh berbincang mengenai tips-tips keselamatan menunggang basikal bersama mereka.  Kalau dia dah pro pasal safety tips tu...boleh la bagi dia lesen bawak basikal.  Buat bersama-sama lesen tu...Letak gambar dia...tulis nama dia...tarikh terima dan sebagainya.  Menarikkan.  Lesen tu tak perlu la kecil macam lesen memandu mak dia kan..ehehe..buat besar-besar sikit.tetapkan syarat..bila dia nak bawa basikal, mesti bawa sekali lesen tu dan patuhi safety tips yang dh dibincangkan.


4.  Shopping list
semestinya anak-anak ikut mak membeli belah kan.  Ambil peluang ni, sebelum pergi shopping, buat shopping list bersama-sama anak.  Boleh galakkan dia menulis, tambah kosa kata baru.  So masa pergi shopping dia pon tahu nak cari apa...tolong ibu...dan rasa diberi kepercayaan la kan oleh ibunya.x la bosankan.  Maybe masa pergi shopping tu boleh kasik dia checklist tu dan minta dia tick pada barang yang sudai dijumpai.

5.  3D Neighbourhood map
bagi memupuk semangat kejiranan.ok x msl. anda boleh mengajak anak anda pergi ke rumah jiran...dan sambil tu ajar 'arah'..gunakan perkataan belok kiri , belok kanan. dan nyatakan landmark yang kita jumpa sepanjang pergi rumah jiran tu..balik rumah..bina la map 3d dengan anak-anak...ikut kretiviti..pakai bekas telur ke..surat khabar ke...

6.  Acting Out
Asyik baca buku je kan.....apa kata gunakan cerita dalam buku tu.kasik peranan pada anak...anak jadi arnab...anda jadi kura-kura.lakonkan semula watak-watak tu ikut jalan cerita yang dah dibaca.  Nak tambah menarik bolehla sediakan topeng ke.atau lain2 props. puppet ke...jangan fikir susah2..boleh buat boneka guna kulit telor...sarung tgn...apa-apa.asal menarik


 *menarik kan..kan??ops..got to go.nak pergi kuliah. kelas puan paw.x boleh lewat.ngaaa..
nantikan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik di part 2.hehe.selamat mencuba.oh ya...aktiviti-aktiviti ni jumpa dalam buku.hurmm..sangat x ingat..sori penulis buku.dah lama dah baca.daaa. SEMOGA BERMANFAAT!






Photobucket

No comments: