bismillah
setuju atau tak bila saya katakan penampilan kita akan mempengaruhi perlakuan? pernah seorang pensyarah saya yang nasihatkan supaya guru-guru pelatih wanita menggunakan kasut bertumit...kerana menurut beliau barulah nanti kita berjalan seperti seorang guru...duduk seperti cikgu..bercakap persis pendidik. betul..betul..betul...saya setuju...saya sendiri rasakan perbezaannya waktu pakai kasut tumit tinggi, kasut sukan, selipar,,,totally different.
saya suka nak kaitkan hal ni dengan lelaki yang memakai kopiah, songkok atau serban. mungkin ada yang cakap tunjuk alim..bla3 kan? tapi saya terfikir...kalau lelaki berpenampilan sebegitu tegarkah mereka nak masuk kedai toto untuk main judi? macam tu juga wanita bertudung...tak rasa janggal ke nak masuk club?
ye..memang ada wanita bertudung melakukan maksiat dibawah tangga la hape kan..tapi..bawah tangga!dia menyorok.tidak sanggup lakukan secara terang-terangan.kenapa ?sebab penampilan yang mereka bawa menyatakan siapa diri mereka. seorang muslim. secara tidak lansung..tudung telah 'mengingatkan' dia. ingatlah apabila kita keluar daripada rumah..berhadapan dengan masyarakat kita bukan sahaja membawa nama kita sendiri..tapi bawa nama keluarga, nama kampung, nama negeri, nama bangsa, dan agama. besar kan tanggungjawab tu?
oleh sebab tu..saya sangat percaya dengan memperbaiki penampilan kita dapat memperbaiki akhlak seseorang. baru-baru ini..seseorang menyatakan hasratnya untuk berpurdah pada saya...ohh...saya sangat menyokong seratus peratus..walaupun alasannya untuk menggembirakan hati suami dan fashion...bagi saya tak apa..nanti dah pakai purdah takkan pulak sanggup mengumpat, keluarkan kata-kata kesat.kan?tu pendapat saya la..secara individu. bukan maksud saya kita kena hipokrit.tapi tanggungjawab kita jaga imej wanita berpurdah..wanita bertudung,..lelaki bersongkok..sebab kita bawa nama islam. orang kafir memandang dan menilai. sudahlah kita tidak berdakwah..sekurang-kurangnya jadilah contoh yang baik. bila sudah menjadi kebiasaan menjaga kata-kata..nanti dirumah, waktu tidak berpurdah juga dapat menjaga kata-kata. insyaallah.dengan erti kata lain..terpelihara.
oklah nasihat terakhir daripada saya.....pakaian adalah keperluan asas manusia.tanpa pakaian kita semua boleh gila..muahaha..jagalah penampilan sesuai dengan agama, acara, waktu, dan cuaca. =) memang diakui sukar untuk kita berubah.lebih-lebih lagi tentang penampilan..sesuatu perubahan yang orang nampak. yang ada juga yang kena tukar satu almari...jadi kena nekad.niat kena betul..pedulikan apa kata orang asalkan apa yang kita lakukan tidak bercanggah dengan syarak. kita patut pedulikan apa pandangan Allah pada kita berbanding makhluk2 lain..(ingatan buat saya juga) semoga kita semua diberkati Allah s.w.t.Salam Maal Hijrah 1434H..... Bersama memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada semalam
No comments:
Post a Comment