semua manusia melakukan kesalahan.termasuklah aku dan farah ain. =)
beberapa tahun lepas..kami cikgu cikgi pelatih pergi perkhemahan...perkhemahan yang melibatkan banyak persatuan, seperti PBSM, Pengakap,... dan saya Pandu Puteri.
Nak dijadikan kisahnya...sampai ditapak perkhemahan..masing-masing mendirikan khemah..(yang kami dah maklum, kalau hujan memang air masuk..haha...kenapa arr....khemah mesti bocor?? ) lepas tu ..buat gajet..pintu gerbang, rak kasut..dapur..macam-macam la ikut tugas masins-masing...
Farah ain dan aku pula dah selesai tugas..konon nak pergi la menunaikan solat..surau memang x ada...tapi ada satu astaka tempat berhimpun. boleh la solat kat situ...kebetulan pulak..ahli-ahli pengakap tengah ada taklimat. bak kata farah ain..biaq pi la...solat je kat belakang...memang tak ada orang perasan..
niat solat dipasang...takbir aku laungkan...terus tenggelam dalam solat.tiba2! "ehh..salah kiblat kan diaorang tu" kata lecturer yang tengah bagi taklimat tu pakai MIKROFON! semua mata memandang kami.ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...malu nyee..kiteorg terus berhenti solat.dah tergelak-gelak. kiblat yang betul pon ditunjukkan...sampai sekarang kena bahan ok..
aku teringat balik cerita ni bila hari tu nonton 30 minit Ustaz Don ..topik pasal solat. termasuklah hal kalau tersalah kiiblat ni!haha...Ustaz ajar..kalau kita nampak orang solat salah kiblat...pegang bahu dia ..(jangan pegang pinggang.nanti dia geli) pusingkan ke arah kiblat. orang tersebut boleh teruskan solat seperti biasa. kalaulah lecturer tu tahu cara ni....mesti tak berapa malu kiteorg.hahhaaha...kenangan-kenangan...
salah satu aktiviti pandu puteri.buat gubahan bunga.haha
*sampai sekarang menyesal join aktiviti pandu puteri ni..kalau tau ponteng habis-habisan.haha.sebab akhirnya dapat C!. spoil pointer i okk.
No comments:
Post a Comment