Berdoa itu senjata orang mukmin. Sesiapa yang tidak berdoa mereka itu adalah orang yang sombong. bila cakap pasal doa ni....terus saya teringat cikgu Lela. guru kelas saya waktu darjah enam. seperti yang semua sedia maklum...darjah 6 ada peperiksaan besar iaitu UPSR. saya masih ingat cikgu Lela tanya pada kami sekelas...samada kami berdoa atau tidak untuk menghadapi UPSR. semua cakap "adaaaaaaaaaaaaaaa'....."apa yang kamu doa" tanya cikgu Lela. secara serentak semua jawap "nak dapat 5 A!!" lepas tu cikgu Lela ketawa. dia cakap..."awak semua dapat percubaan ada c ada d ..awak minta nak 5A?..apa kata awak doa Ya Allah Ya Tuhanku..berilah aku keputusan UPSR yang cemerlang"...sejak dari tu..ayat tu la saya guna untuk berdoa.cuma UPSR tukar jadi PMR..PMR jadi SPM lepastu IPGM.haha.walaupun dah tak belajar pon doa tu dah macam sebati.skrip. bila dah dewasa...eceh..baru la terfikir betul juga...cemerlang tu berbeza untuk tiap-tiap orang. 2a3b bagi saya dah cemerlang.bagi orang lain tak. kan?? Allah knows best. =)
Dalam berdoa..kita tak boleh berputus asa...mesti selalu bersangka baik kepada Allah s.w.t. teruskan berdoa...doa.dan doa...misalnya dalam mencari jodoh....saya pernah menonton program Al-Rayyan..waktu tu topik yang dibincangkan mengenai lambat sampai jodoh...apa yang dipesan adalah kalau berdoa...elak berdoa " ya Allah...semoga si polan bin polan menjadi suamiku" ...doalah " Ya Allah..kirimkan aku jodoh yang sesuai denganku bla3...." sebab katanya....jodoh tu rahsia Allah..kalau si polan bin polan tu bukan jodoh anda ..hal tu boleh jadi antara faktor lambat datang jodoh..kata ustazah tuuu...erti kata lain biarlah Allah yang memilih calon suami/ isteri tu...
Kita berada didunia realiti...boleh minta apa sajaaa..asalkan tidak kearah dosa,maksiat atau memutuskan silaturrahim ..kita bukan dalam cerita dongeng..boleh minta 3 permintaan sahaja. oleh itu....nak minta dapat suami kaya??iya bisaa..tapi kalau kaya yang kedekut untuk apa pulakkan. boleh lah tukar doa untuk dapat suami yang pemurah..;p betullah kata orang...kata-kata tu sebuah doa. apatah lagi waktu tengah berdoa, kata-kata tu perlu disusun rapi. eceh. tetapi..dalam kita berdoa..kenalah ingat..apa yang kita inginkan tu tidak semestinya baik untuk kita..dan apa yang kita benci itu tidak pula semstinya buruk untuk kita.
Jika doa dikabulkan.alhamdulillah..jika tidak kabul juga alhamdulillah. Seseorang yang berdoa akan mendapat salah satu daripada tiga perkara...iaitu diterima doa serta merta/ disimpan untuk akhirat dalam bentik pahala/ diselamatkan daripada musibah dan bencana- Hadis nabi dari Abu Sa'id al-Khudri r.a ...So...tak pernah rugikan sesiapa yang rajin berdoa.mudah-mudahan kita semua tekun berdoa dalam apa jua keadaan sekalipun. yakin dan jangan pernah menyerah dalam berdoa.
ala tayang dondeng!tangan musyuk2.grrr.geram
No comments:
Post a Comment