Monday, August 1, 2011

solat bersenang-senang

bismillah...

disini ada sedikit info mengenai solat tarawih untuk dikongsi.
1. apa makna tarawih?
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz(kiasan/bukan makna sebenar), kerana dari segi cara perlaksanaannya istirahat tersebut adalah sesudah melakukan solat sunat. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.te




Photobucket

No comments: